Monday 18 March 2013

resepi sotong sumbat




seperti yg diminta oleh seseorg..ni menu ye....hihi..
Waktu memasak : 25 minit
Saiz hidangan untuk : 4 orang

BAHAN-BAHAN:
300 gm sotong
3 sudu makan cili
240gm pulut     ( telah ditanak)
250gm santan
3 batang serai
2.5cm lengkuas
2 biji buah keras
Garam dan gula secukupnya
Sedikit lidi


CARA MEMASAK:
Sumbat pulut yang telah ditanak ke dalam perut sotong. Cucuk perut sotong dengan lidi dengan kemas.
Kisar halia, serai, lengkuas dan buah keras sehingga halus.
Selepas itu, masukkan santan dan bahan kisar tadi ke dalam periuk. Kacau dan masak di atas api yang perlahan.
Masukkan sotong yang telah disumbat dengan pulut tadi. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kering sedikit.
Setelah itu, angkat dan hidangkan. Sedia dinikmati.

Friday 15 March 2013

ape itu harlem shake???



Demam ‘Gangnam Style’ nampak tidak berakhir disitu sahaja, jika sebelum ini tarian ala-ala menaik kuda ini menjadi fenomenan dunia, kini tiba pula giliran tarian yang semakin menjadi perhatian ramai iaitu tarian yang dipanggil ‘Harlem Shake’.
Apa itu Harlem Shake? Jika dikaji sejarah terciptanya tarian Harlem Shake, ianya merupakan satu tarian yang culup popular pada tahun 80an di sebuah kawasan bernam Harlem di New York dan sering digunakan dalam video muzik.
Tarian ini nampak lebih mudah tidak seperti Gangnam Style yang sedikit rumit untuk dilakukan. Anda hanya perlu perlu menggoyangkan bahu, pinggang dan tangan anda dengan pantas untuk melakukan Harlem Shake. Ianya dimulakan oleh seorang penari dan kemudian diikuti oleh penari-penari lainyang menari dengan gaya yang sama.
Pada tahun 2011, pemuzik elektronik, Baauer telah menggunakan nama Harlem Shake sebagai tajuk lagu muzik ciptaannya dan dua tahun selepas itu iaitu pada tahun 2013, lagu tersebut telah diguna pakai untuk tema video popular tarian Harlem Shake.
Video viral tarian Harlem Shake pertama telah dimuat naik pada 30 Januari 2013 yang menunjukkan sekumpulan lelaki memakai topeng dan baju latex menari tarian Harlem Shake. Selepas dari itu, pelbagai video tarian Harlem Shake dapat ditonton menerusi laman YouTube.


Saturday 9 March 2013

WAJIB TENGOK!!! junior uitm sabah diBULI????

Tiada kompromi bawa pengganas Sulu pulang sebelum tindakan diambil



IPOH: Tidak ada sebarang kompromi untuk membawa pulang pengganas Sulu sebelum tindakan perundangan sewajarnya diambil ke atas mereka, tegas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

Beliau berkata, pihaknya mahu setiap penceroboh terbabit ditangkap dan tidak terlepas daripada kepungan pasukan keselamatan negara kerana tindakan dilakukan mereka melampaui batas dan tidak berperikemanusiaan.
"Saya mahu tidak ada seorang pun di kalangan mereka harus dilepaskan. Kita tidak mahu mereka terlepas daripada kepungan kita dan kita mahu penceroboh militan ini sama ada ditembak mati atau ditangkap hidup-hidup.

"Kita bicarakan mereka ikut undang-undang Malaysia...tidak ada kompromi untuk membawa mereka pulang ke Filipina," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

SCAM TELEFON CAS PANGILAN MAHAL


PERINGATAN PENTING : PDRM mengesahkan bahawa hebahan mengenai kod panggilan telefon antarabangsa tertentu, yang berupaya menyalin maklumat dan mengenakan cas yang tinggi kepada pemanggil adalah sahih. Orang ramai diingatkan agar tidak membuat panggilan kembali terhadap nombor luar negara +375602605281, 37127913091 atau mana-mana nombor yang bermula dari +375, +371 atau 081 (missed call/panggilan yang tidak dikenali). 

Panggilan tersebut boleh membuatkan pemanggil dikenakan caj yang tinggi (premium rates) dan semua maklumat yang berada didalam telefon bimbit akan diambil sepantas 3 saat termasuk maklumat bank dan kad kredit sekiranya maklumat tersebut berada di dalam telefon bimbit. 

Selain itu, orang ramai juga diingatkan agar tidak menerima dan mengikut mana-mana arahan hyperlink yang diterima dari sumber yang tidak pasti atau diragui. Sentiasa berhati-hati bagi mengelakkan diri menjadi mangsa jenayah siber.

how to made fish amino acid



Raw Materials:
1 kilogram fish gills or spoiled fish
1 kilogram muscovado sugar or brown sugar
Procedure:
1) Mix the sugar and fish ingredients
2) Fill in a suitable container and cover with paper or cheesecloth.
3) Place the container in a dry cool place and away from direct sunlight.
4) Allow to ferment for 3-4 weeks and filter. Throw the remaining solids in a compost pit.
5) Place the extract in a clean sterilized container. Store for another week before using as foliar fertilizer
6) To use: Mix 1 tablespoon to 1 liter of water or 3 tablespoon to a galon of water.

Friday 8 March 2013

rokok elektronik..




Kita sedia maklum, hal-hal berkaitan rokok ini, lebih-lebih kepada perokok tegar, nasihat untuk berhenti merokok memang macam “masuk telinga kanan, keluar telinga kiri” sahaja.Pelbagai kempen yang dibuat oleh kerajaan dan Kementerian Kesihatan untuk mendidik rakyat tentang bahaya merokok. Ada yang ikut, namun kebanyakannya masih lagi merokok.

Namun, dalam survey yang diadakan, kebanyakan yang berhenti merokok atau ingin berhenti merokok, bukanlah disebabkan meningkatnya kesedaran mereka terhadap bahaya bahan-bahan kimia dan kesan merokok terhadap diri sendiri atau orang lain, tetapi kerana harga rokok yang sekarang terlalu mahal.

Namun harga rokok yang mahal juga bukanlah satu halangan bagi perokok-perokok tegar. Ada sahaja rokok-rokok “seludup” yang lebih murah, ya sangat murah sehingga ada yang semurah RM 2.50 sekotak yang mengandungi 20 batang rokok. Kuantiti yang sama dengan rokok-rokok “mahal dan standard” yang lain, tetapi dengan harga yang lebih murah, membuatkan perokok-perokok ini mempunyai sebab dan alternatif lain untuk tidak berhenti merokok.


“Aku kalau tak dapat rokok lepas makan, boleh sasau dibuatnya”


Namun, sejak beberapa tahun ini, muncul pula satu fenomena baru yang secara umumnya, lebih dikenali sebagai “Rokok Elektronik @ E-Cigarette @ Rokok Elektrik ” di kalangan perokok-perokok ini. Fungsinya sama, masih membenarkan cara merokok yang konvensional, iaitu boleh pegang dan mengeluarkan asap....

Thursday 7 March 2013

pokok pelik tapi benar..




TAHUKAH ANDA !!!
AJAIB SERTA PELIK... TETAPI IA BENAR-BENAR WUJUD DI INDONESIA.. POKOK YANG PALING PELIK DITEMUI.. APAKAH YANG ANDA TAHU MENGENAI GAMBAR TERSEBUT. JIKA ANDA SEORANG YANG HEBAT DALAM PENILIKKAN ATAU MEMPUNYAI KEHEBATAN DALAM MENILAI SESUATU GAMBAR SILA JELASKAN DISINI. KENYATAAN DARI ANDA SANGAT SAYA HARGAI.. TERIMA KASIH

Wednesday 6 March 2013

cerita ibu yg mnyayat hati...MESTI bace..




Assalamualaikum semua…post ni merupakan satu cerita yang agak sedih..ya..kasih ibu amat besar..lebih besar daripada segalanya, lebih berharga daripada nilai gaji yang kita perolehi..tetapi mengapa kita perlu jadi sedemikian rupa…bacalah dengan teliti cerita ini…hergailah mereka selagi kita masih punyai…kini c.z hanya mempunyai ibu sahaja…dan cz memang SAYANGKAN DIA…..

Pada suatu hari, seorang pemuda yang bernama Faizal terlibat dalam kemalangan. Dia dilanggar oleh sebuah teksi di sebatang jalan raya.

Akibat daripada kemalangan itu dia cedera parah. Kepalanya luka, tangannya patah dan perutnya terburai. Setelah dibawa ke hospital, doktor mendapati keadaannya terlalu teruk dan menjangkakan dia tidak ada harapan lagi untuk hidup. Ibunya, Jamilah segera dihubungi dan diberitahu tentang kemalangan yang menimpa anaknya.

Hampir pengsan Jamilah mendengar berita tentang anaknya itu. Dia segera bergegas ke hospital tempat anaknya dimasukkan.Berlinang air mata ibu melihat keadaan anaknya. Walaupun telah diberitahu bahawa anaknya sudah tiada harapan lagi untuk diselamatkan, Jamilah tetap tidak henti-henti berdoa dan bermohon kepada Allah agar anaknya itu selamat.

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, keadaan Faizal tidak banyak berubah. Saban hari Jamilah akan datang menjenguk anaknya itu tanpa jemu. Saban malam pula Jamilah bangun untuk menunaikan solat malam bertahajjud kepada Allah memohon keselamatan anaknya. Dalam keheningan malam, sambil berlinangan air mata, Jamilah merintih meminta agar anaknya disembuhkan oleh Allah.

Ini adalah antara doa Jamilah untuk anaknya itu ;

”Ya Allah ya Tuhanku, kasihanilah aku dan kasihanilah anak aku. Susah payah aku membesarkannya, dengan susu aku yang Engkau kurniakan kepadaku, aku suapkan ke dalam mulutnya. Ya Allah, aku pasrah dengan apa jua keputusan-Mu! Aku redho dengan qada’ dan qadar Mu yaa Allah.”

”Yaa Allah, dengan air mataku ini, aku bermohon kepadaMu, Engkau sembuhkanlah anakku dan janganlah Engkau cabut nyawanya. Aku sangat sayang kepadanya. Aku sangat rindu kepadanya. Susah rasanya bagiku untuk hidup tanpa anakku ini. Terngiang-ngiang suaranya kedengaran di telingaku memanggil-manggil aku ibunya.”

“Ya Allah, tidak ada Tuhan melainkan hanya Engkau saja. Tunjukkanlah kuasa Mu ya Allah. Aku reda kalau anggota badanku dapat didermakan kepadanya agar dengannya dia dapat hidup sempurna kembali.”

“Ya Allah, aku redho nyawaku Engkau ambil sebagai ganti asalkan Engkau hidupkan anak kesayanganku. Engkaulah yang Maha segala hal, berkat kebesaran Mu ya Allah, terimalah doaku ini….aamiin”.

Keyakinan Jamilah terhadap kuasa Ilahi sangat kuat walaupun tubuh badan anaknya hancur cedera dan dikatakan sudah tiada ada harapan lagi untuk hidup. Namun, Allah benar-benar mahu menunjukkan kebesaran dan kekuasaanNya.

Setelah 5 bulan terlantar, akhirnya Faizal menampakkan tanda-tanda kesembuhan dan akhirnya dia sembuh sepenuhnya. Berkat doa seorang ibu yang ikhlas.

Faizal dapat meneruskan hidupnya hingga berumahtangga dan beranak-pinak. Ibunya, Jamilah semakin hari semakin tua dan uzur.

Suatu hari, Jamilah yang berusia hampir 75 tahun jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Pada mulanya, Faizal masih melawat dan menjaga ibunya di hospital. Tetapi semakin hari semakin jarang dia datang menjenguk ibunya hinggalah pada suatu hari pihak hospital menghubunginya untuk memberitahu keadaan ibunya yang semakin teruk.

Faizal segera bergegas ke hospital. Di situ, Faizal dapati keadaan ibunya semakin lemah. Nafas ibunya turun naik. Doktor memberitahu bahawa ibunya sudah tidak ada masa yang lama untuk hidup. Ibunya akan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada bila-bila masa saja.

Melihat keadaan ibunya yang sedemikian dan kononnya beranggapan ibunya sedang terseksa, lantas Faizal terus menadah tangan dan berdoa seperti ini;

“ Yaa Allah, seandainya mati lebih baik untuk ibu, maka Engkau matikanlah ibuku! Aku tidak sanggup melihat penderitaannya. Yaa Allah, aku akan redho dengan pemergiannya…Aamin.”

Begitulah bezanya doa ibu terhadap anak dan doa anak terhadap orang tuanya. Apabila anak sakit, walau seteruk mana sekalipun, walau badan hancur sekalipun, walau anak tinggal nyawa-nyawa ikan sekalipun, namun ibu bapa akan tetap mendoakan semoga anaknya diselamatkan dan dipanjangkan umur.

Tetapi anak-anak yang dikatakan ‘baik’ pada hari ini akan mendoakan agar ibu atau bapanya yang sakit agar segera diambil oleh ALLAH, padahal ibu bapa itu baru saja sakit. Mereka meminta pada Allah agar segera mematikan ibu atau bapanya kerana kononnya sudah tidak tahan melihat ‘penderitaan’ ibu bapanya.

Anda bagaimana? Apa doa anda untuk ibu bapa anda?

Tuesday 5 March 2013

Berita terkini lahad Datu Malaysia :




 Tiada lagi ruang untuk berunding untuk kumpulan pengganas seperti ini. Daripada awal lagi seperti yang pernah kami katakan cara untuk menyelesaikan dengan kumpulan pengganas seperti ini bukannya dengan cara rundingan.

Sebab? Mereka telah secara terang-terang mencabuli kedaulatan dan keamanan negara dengan menceroboh sempadan negara bersama-sama dengan senjata api. Dan bagi kami ini perbuatan yang tidak boleh diterima sama sekali….Tetapi……

Tetapi, mereka ini beragama Islam? Hukuman tidak membezakan agama yang dianuti. Salah tetap salah. Setiap negara ada peraturan dan undang-undangnya. Tidak kira orang luar mahupun orang asing wajib patuhi. Jikalau hajat mereka untuk berunding, apa perlunya membawa senjata api? Mahu mencabar kerajaan Malaysia & kedaulatan negara?

Soal Sultan Sulu mahu berunding
angkitkan perjanjian 1863 pajakanMalaysia dengan Inggeris, itu soal kedua
Sekarang ini kita mesti tumpukan perhatian dalam soal nyawa, keselamatan & wilayah Malaysia Sabah. Tidak boleh diizinkan sama sekali anasir asing menceroboh negara kita sehingga menimbulkan keresahan dan ketegangan di kalangan rakyat Sabah terutamanya seperti apa yang berlaku sekarang

Bersama-sama ini, kami kongsikan bersama berita terkini lahad Datu Malaysia secara langsung (LIVE) dari Kampung Tandou, Lahad Datu Sabah Malaysia yang sedang berlakunya pertempuran di sana:

Berita Terkini Lahad Datu Malaysia 5 Mac 2013

1.54 petang: Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur menasihatkan warganya agar tidak mengunjungi kawasan pantai timur Sabah, termasuk bandar Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.
Lebih banyak insiden keganasan akan berlaku di kawasan terbabit.
1.42 petang: ABS-CBN melaporkan bahawa Filipina meminta pihak berkuasa Malaysia untuk membantu menyediakan perjalanan keluar yang selamat dari Sabah untuk wanita Filipina dan mereka yang bukan penceroboh bersenjata.
1.30 petang: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Pertahanan Zahid Hamidi tiba di Felda Sahabat dengan helikopter dan diiringi ke bilik taklimat.
1.15 petang: Pegawai-pegawai Jabatan Penerangan mengedarkan jaket kuning terang bertulis ‘media’ kepada wartawan di pusat media supaya lebih mudah utnuk dikenalpasti
1.08 petang: The Star dalam laporan di Twitter menyebut, Semporna diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga susulan Ops Sulu di Tanduo.
1 petang: Dalam satu lagi laporan berita terkini Lahad Datu pada 12.43 tengahari, Philippine Daily Inquirer melaporkan dakwaan Azzimudie, yang mengetuai kumpulan bersenjata Sulu di Lahad Datu memberitahu jurucakap kesultanan Sulu Abraham Idjirani bahawa mereka sedang “beristirahat”.
12.50 tengahari: Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata makanan disediakan untuk penduduk yang tersesar dan ditempatkan dalam dewan.
12.44 tengahari: Laman The Philippine Inquirer menyiarkan laporan mendakwa Askar Diraja Sulu tidak bercadang untuk menyerah walau digempur pasukan keselamatan Malaysia.
Laporan itu menyebut, jurucakap kesultanan Sulu Abraham Idjirani memberitahu satu stesen radio bahawa kumpulan itu akan terus berjuang sehingga ke titisan darah terakhir.
Idjirani juga dilaporkan berkata, mereka akan mencari jalan untuk keluar dari keadaan bahaya demi kelangsungan kumpulan itu.
“Ini hanya bermakna merka hanya takut kepada kita… Jika mereka berani, mereka tidak akan guna pasukan besar untuk mengelakkan tuduhan (bertindak) keterlaluan. Mereka menunjukkan kepada dunia bahawa apa yang mereka lakukan keterlaluan.”
11.54 pagi: Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata operasi yang difokuskan di perasi ini hanya difokuskan di Kampung Tanduo bersama antara polis dan tentera masih menerima tentangan musuh yang melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan negara.
Pasukan Malaysia kini menjalankan operasi pembersihan. Tiada korban di pihak kita direkodkan setakat ini namun di pihak musuh masih belum diketahui.
11.50 pagi : Seorang wartawan ABN-CBS memuatkan gambar penunjuk perasaan membakar gambar menunjukkan Datuk Seri Najib Razak bersalaman dengan presiden negara itu, Benigno Aquino dalam perhimpunan di luar kedutaan Malaysia di Filipina. Keduataan ditutp buat sementara waktu
11.35 pagi : Laporan berita terkini yang dipetik daripada sumber polis, kumpulan penceroboh bersenja di Kampung Tanduo berjaya ditewaskan sepenuhnya dan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa pasukan keselamatan Malaysia.
11:25 pagi : Satu-satunya stesen minyak di kawasan Felda Sabahabt kehabisan petrol yang terletak kira-kira 15km dari Kampung Tanduo, lahad Datu Sabah
11:10 pagi : Bercakap dalam satu akhbar dalam penumuman berita terkini Lahad Datu Malaysia, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata operasi masih berjalan dan pihak keselamatan yang terdiri daripada anggota PDRM dan tentera mendapat tentangan dalam bentuk beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh pihak musuh.
11 pagi : Datuk Seri Najib Razak berkata operasi besar-besaran hari ini bermula dengan serangan udara menggunakan pesawat TUDM, serangan mortar dan diikuti serangan oleh pasukan tentera darat dan polis.Menurutnya, tindak tanduk “yang berhemah” tersebut, pada awalnya tidak ada niat lain melainkan untuk tidak membenarkan setitik darah tertumpah di bumi Sabah, sama ada rakyat Malaysia atau kumpulan yang menceroboh.
“Namun umat dukacita, niat murni kita telah dibalas dengan tembakan dengan sangat kejam yang dilakukan kepada pasukan polis kita,” katanya dalam satu majlis di Bukit Jalil.


10.57 pagi : Polis memperluaskan kawalan dari kawasan konflik ke kawasan luar dan menutup semua pintu masuk ke Kampung Tanduo. Anggota polis dengan raifal dilihat mengambil kedudukan di kawasan ladang sawit sebagai persediaan untuk menghadapi penceroboh yang lolos.
10.45 pagi : Berita terkini Media Filipina melaporkan jurucakap presiden negara itu Benigno Aquino berkata Manila melakukan apa yang termampu untuk mengelakkan situasi di Sabah berakhir dengan keganasan apabila
orang (Jamalul) Kiram memilih jalan ini
10.17 pagi: Memetik laporan dari ANC News Channel, InterAksyon.com melaporkan bahawa bom telah digugurkan kira-kira satu kilometer jauhnya dari kubu Azzimudie Kiram dan orang-orangnya. Walaubagaimanapun, pengikut Azzimudie masih kekal dan bersedia bertempur semula
10.15 pagi: Azzimudie Kiram, pemimpin penceroboh, meluahkan kemarahannya terhadap kerajaan Filipina, dalam temubual radio dengan InterAksyon.com – portal berita dalam talian saluran TV Filipina TV5.
“Kerajaan mengarahkan penangkapan sahabat kita walaupun kita tidak melakukan apa-apa yang buruk,” katanya. “Ia seperti kita bukan rakyat Filipina.”
10.07 pagi : Azzimudie mengulangi kenyataan sebelum ini yang mereka akan berjuang hingga ke akhir ayat.
“Kami bukan penceroboh. Mereka (rakyat Malaysia) adalah orang yang menduduki tanah nenek moyang kami,” katanya.
10.09 pagi: Pihak polis telah menubuhkan pusat pemeriksaan di jalan utama di Tanjung Labian, iaitu kira-kira 5km dari medan pertempuran. Tiada siapa dibenarkan masuk ke kawasan itu.
Bunyi letupan telah berhenti sejak sejam yang lalu. Tidak jelas sama ada tentera darat telah dikerah masuk ke Kampung Tanduo.
9.55 pagi: Azzimudie Kiram mengesah dalam temubual dengan radio dzMM ABS-CBN bahawa pasukan Malaysia menggunakan jet pejuang dalam serangan terbaru itu ke atas kedudukan mereka di Lahad Datu.
9.45 pagi : Menurut ABS-CBNnews, sebelum serangan, pagi ini Azzimudie Kiram, yang mengetuai kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, memberitahu radio dzMM bahawa dia tidak risau dengan rancangan kerajaan Malaysia untuk membawa lebih ramai tentera ke Sabah untuk membanteras mereka.
Azzimudie berkata dia dan tenteranya akan tidak akan berganjak walaupun kerajaan Malaysia dan Filipina telah berulangkali menggesa mereka supaya menamatkan pencerobohan tersebut.
“Ini adalah masa. Kami perlu komited untuk memperjuangkan hak kami. Saya meminta mereka (Filipina) melakukan sesuatu untuk menyokong kami.
“Mereka tidak boleh menakutkan kami kerana kami berjuang untuk hak kita – hak Bangsa Sulu dan secara umum, rakyat Filipina. Iaitu, jika kerajaan Filipina masih menganggap kami adalah rakyat Filipina,” katanya.


9.41 pagi : Stesen radio Filipina dzBB melaporkan bahawa Abraham Idjarani, jurucakap kesultanan Sulu, berkata Azzimudie Kiram, adik sultan yang mengetuai pencerobohan itu, mengesahkan jet pejuang telah menggugurkan sekurang-kurangnya dua butir bom yang didakwa telah mengenai kedudukan penduduk Malaysia dan bukan kumpulan Azzimudie.
9.37 pagi : Menurut satu sumber tentera, operasi yang terlibat jet pejuang, meriam serta askar berjalan kaki.
9.15am: Berita terkini Di bandar Lahad Datu sabah Malaysia, kira-kira 120km dari medan pertempuran, persediaan sedang dibuat di hospital utama bagi menerima mangsa serangan tersebut.
9.11 pagi: Difahamkan tujuh batalion tentera dikerahkan ke kawasan tersebut untuk mengukuhkan pasukan polis.
8.54 pagi: Seorang pegawai Felda tiba dan memberitahu ketua kampung untuk membuat kiraan jumlah penduduk dan mendaftarkan mereka. Seluruh penduduk kampung sekitar 300 orang beredar dari tempat itu menuju ke jalan kebun kelapa sawit.
8.45 pagi : Penduduk Kampung Sungai Merah meninggalkan kediaman mereka dengan menaiki lori, dengan hampir seratus orang memenuhi setiap kenderaan. Ketua kampung, Bani Rauf berkata mereka telah cuba ke Kampung Embara Budi tetapi tidak dibenarkan masuk.
8.19 pagi : Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan berita terkini hari ini.
8:18 pagi : Berita terkini Lahad Datu malaysia setakat ini di mana satu letupan kedengaran berhampiran Kampung Tandou yang sedang diduduki sekumpulan penceroboh asing, pada kira-kira jam 7:30 pagi ini, menyebabkan 100 penduduk kampung melarikan diri.
Berita Terkini Lahad Datu Malaysia : 4 Mac 2013

Sekitar 4 petang : Penduduk kawasan Tanjung Batu dan Tanjung Labian meninggalkan kampung mereka beramai-ramai pada waktu malam ekoran dakwaan bahawa kumpulan penceroboh yang dikepung di Kampung Tanduo membolosi kawalan pihak keselamatan.
Seramai 50 orang penceroboh memasuki kampung mereka di Tanjung Batu pada malam itu juga untuk mendapatkan barangan keperluan
Terus terang kami katakan, kita tiada masalah langsung pasukan keselamatan yang mahu digunakan bagi membanteras krisis pencerobihan Lahad Datu ini samada pihak polis ataupun tentera, kerana kami yakin dengan kebolehan pasukan keselamatan yang kita miliki setakat ini.

Tetapi…..tetapi kami yakin dan percaya, krisis pencerobohan Lahad Datu Malaysia ini boleh diselesaikan dengan lebih segera berbanding apa yang berlaku sekarang ini jika “pihak atasan” mempercayai kredibiliti dan kewibawaan pasukan keselamatan yang kita miliki. Berikan mereka kebebesan kepada komandan untuk melaksanakannya tanpa campurtangan politik yang keterlaluan. Di waktu-waktu beginilah kita sepatutnya menggunakan kepakaran yang mereka miliki selama ini. Bila lagi?

P/S : Sama-sama kita doakan semoga pasukan keselmatan Malaysia diberikan terus kekuatan dan semnagat dan berjuang habis-habisan dengan pengganas lahad Datu Sabah Malaysia ini….

credit to:berita semasa

menyamar menjadi penganut agama islam ??








Sanggupkah anda menyamar menjadi penganut agama lain demi meraih simpati orang? Demi mendapat wang daripada simpati orang ramai? Berkatkah wang itu? Ini yang terjadi pada bulan Ramadhan yang mulia ini.

Kejadian ini berlaku di Bazar Ramadhan Seksyen 13 Shah Alam. Dua wanita yang merupakan adik beradik berbangsa cina yang berusia 63 dan 65 tahun sanggup mengenakan jubah dan tudung labuh demi mendapatkan simpati orang ramai. Sungguh berjaya lakonan mereka sehingga lakonan mereka berjaya memperbodoh orang awam yang mengunjungi bazar tersebut.
Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat, pendapatan yang diperoleh mereka hasil penipuan mereka mencecah RM300 sehari. Dasyat bukan? Setelah diselidik, mereka merupakan penerima bantuan RM300 sebualan daripada JKM.
Mereka yang berasal daripada Cheras Kuala Lumpur ini berkata mereka di situ untuk menjual tisu kecil sebungkus dengan harga RM1 bagi membiayai kos anak mereka yang sakit. Namun, orang ramai tidak membeli pun tisu itu. Mereka hanya memberi wang sahaja tanpa membeli tisu tersebut. Pastinya mereka lebih untung bukan?
Apa yang membuatkan mereka kantoi bahawa mereka bukanlah Islam apabila mereka gagal mengucap 2 kalimah syahadah apabila disuruh oleh ahli JKM


credit to:berita semasa

Sunday 3 March 2013

NASIHAT DARI PDRM - PLEASE SHARE!



Tolong jgn update dekat facebook kalau ternampak ATM tgh buat roadblock dekat mana dan kereta dekat mana..percuma Penceroboh dapat info!! Senang2 diorang serang..btw ada apa2 simpan dalam hati..mereka sedang memerhati!!

Kepada Rakyat Sabah.. Tolong jangan sebarkan maklumat di fb atau dimana2 sekalipun apa yg anda nampak Polis dan ATM lakukan di Sabah... Apa yg anda nampak itu adalah rahsia pertahanan negara... Tolong jangan merasa bangga dgn maklumat yg anda sebarkan...Anda hanya akan mengeruhkan lg keadaan... Secara tak sengaja anda hanya membocorkan maklumat kepada pengkhianat negara...

Sekarang anda juga memegang amanah negara dgn tidak menyebarkan maklumat... Pegang amanah itu erat2...

TOLONG SEBARKAN!

Update info pasal mangsa yang terkorban xde masalah ataupun update info agar setiap org berhati2 juga tiada masalah...tapi JANGAN UPDATE info mengenai pergerakan PDRM dan ATM di luar sana!!!

Tuesday 19 February 2013

suratan atau kebetulan????




best tol layan lagu2 lame nie...layan je......

resepi lompat tikam terbaik



Kuih Lompat Tikam

Lapisan hijau:
2 cawan tepung beras
3 cawan air
1 cawan air daun pandan
1/2 sk garam
1 sk air kapur 

Lapisan putih:
1 senduk leper tepung beras (sukatan menggunung)
2 cawan santan
1/2 cawan air
1/4 sudu kecil garam 

Pulut Merah
1 cawan pulut
Santan cair secukupnya
Garam secukupnya 

Air gula melaka:
1keping gula melaka
Air secukupnya
1 helai daun pandan

Cara lapisan hijau:
Gaul rata semua bahan lapisan hiau dalam mangkuk dan tapis. Kecairan mestilah bila senduk diangkat, ianya mengalir laju dan tak melekat di senduk kayu.

Masakkan adunan ini ke dalam kuali dan kacau atas api yang sederhana sehingga menggelegak. Mula mula saya kacau dengan whisk, lagi mudah. Lepas dah mengeras, baru guna senduk kayu.


  
Terus dikacau sehingga adunan menjadi pekat dan berkilat serta menggelembung. Masukkan ke dalam loyang dan disejukkan.  


Cara lapisan putih:
Satukan semua bahan lapisan putih dalam mangkuk dan tapis. Masak atas api sederhana dengan sentiasa dikacau dengan whisk sehingga mendidih dalam 15-20 minit.

Apabila adunan menjadi pekat dan berkilat masukkan ke dalam bekas dan sejukkan.


  
Nota: lapisan putih mesti rasa masin sedikit, baru sedap


Cara Pulut Merah:
Panaskan periuk pengukus dan kukus beras pulut selama 10-15 minit. 

Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk. Tuangkan santan cair yang telah dicampur dengan garam halus, agak agak sehingga pulut menjadi lembut. Masukkan dalam pengukus dan kukus sekali lagi dalam 10 minit. Buka penutup dan dibalik balikkan pulut supaya masak rata.

Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk dan dikacau rata. Taburkan sedikit gula bagi menjadikan pulut berkilat dan bersinar. Siap untuk dihidangkan.     





Cara Air Gula Melaka:
Masak gula melaka dengan air dan daun pandan hingga hancur dan mendidih. Tapis dan sejukkan.



Cara menghidang:
Potong lapisan hijau dan masukkan ke dalam pinggan.
Masukkan juga sedikit pulut.

Kemudian sendukkan lapisan putih ke atasnya. Akhir sekali, tuang air gula melaka. Hahaha main capai jer senduk tu... 







Enjoy.....

 

KATA KATA INDAH ISLAMIK



Takutlah kamu akan perbuatan dosa di saat sendirian, di saat inilah saksimu adalah juga hakimmu. (Ali bin Abi Thalib)

Orang yang paling aku sukai adalah dia yang menunjukkan kesalahanku.(Umar bin Khattab)

Niat adalah ukuran dalam menilai benarnya suatu perbuatan, oleh karenanya, ketika niatnya benar, maka perbuatan itu benar, dan jika niatnya buruk, maka perbuatan itu buruk. (Imam An Nawawi)

Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Saya memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa.

Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezki, tapi tidak menemukan rezki yang lebih baik daripada sabar. (Umar bin Kattab)

Dia yang menciptakan mata nyamuk adalah Dzat yang menciptakan matahari.(Bediuzzaman Said Nursi) Kata kata Mutiara Islam
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.

Tanda cinta kepada Allah adalah banyak mengingat (menyebut) Nya, karena tidaklah engkau menyukai sesuatu kecuali engkau akan banyak mengingatnya.

Ar Rabi’ bin Anas (Jami’ al ulum wal Hikam, Ibnu Rajab)

Aku tertawa (heran) kepada orang yang mengejar-ngejar (cinta) dunia padahal kematian terus mengincarnya, dan kepada orang yang melalaikan kematian padahal maut tak pernah lalai terhadapnya, dan kepada orang yang tertawa lebar sepenuh mulutnya padahal tidak tahu apakah Tuhannya ridha atau murka terhadapnya.

Salman al Farisi (Az Zuhd, Imam Ahmad)

Sesungguhnya apabila badan sakit maka makan dan minum sulit untuk tertelan, istirahat dan tidur juga tidak nyaman. Demikian pula hati apabila telah terbelenggu dengan cinta dunia maka nasehat susah untuk memasukinya.

Malik bin Dinar (Hilyatul Auliyaa’)

Cintailah kekasihmu sekedarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi musuhmu. Dan bencilah musuhmu sekedarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi kekasihmu.

Ali bin Abi Thalib

Engkau berbuat durhaka kepada Allah, padahal engkau mengaku cinta kepada-Nya? Sungguh aneh keadaan seperti ini. Andai kecintaanmu itu tulus, tentu engkau akan taat kepada-Nya. Karena sesungguhnya, orang yang mencintai itu tentu selalu taat kepada yang ia cintai.

Itulah beberapa kumpulan KATA KATA INDAH yang sudah saya koleksi dari beberapa sumber terpercaya. heeheehee…. ok semoga bermanfaat buat sobat merahitam ya.  . Oh iya jangan lupa baca juga artikel lainya yaitu kata kata bijak dan kumpulan kata kata motivasi.

Friday 8 February 2013

Cara terbaik untuk memikat wanita??



Cara terbaik untuk memikat wanita.....

1. Jangan terburu-buru. Jangan nampak desperate sangat nak mencari   
    pasangan

2. Jadi diri sendiri. Tetapi agak-agaklah time makan tu, jangan gelojoh.

3. Cakap jangan terlalu cover. Saya, awak, .. ouchh.. awkwarddd..(tangan di  
    bahu). At least I and U, panggil nama pun ok.

4. Jangan terlalu memuji and ayat jangan nak manis sangatlah. Biasa-biasa  
    je. " U nampak cantik sangat harini'.
    Kalau nak puji juga, pujilah dengan ikhlas, jangan disebabkan anda nak   
    memikat , anda puji secara berlebihan. Salah sama sekali. Perempuan  
    boleh baca kalau kamu tak ikhlas and nampak sangat kamu suka dekat  
    perempuan bukan sebab hati kamu tetapi sebab kecantikan perempuan    
    tersebut. Jadi, perempuan akan berfikir, so let say, satu hari nanti ada 
    accident dan muka berong-berong anda akan cari lain.

5. Jangan tunjuk pandai walaupun anda pandai. Biar perempuan tahu sendiri

6. Jangan jadi penakut. Bila anda dah suka cakap terus terang. Tetapi jangan  
    mengharap atau kecewa jika anda tidak diterima. Yang penting terus 
   terang. Perempuan lebih menghargai dan memperlihatkan anda bersungguh-
   sungguh.

7. Sentiasa cool dan matang. Jangan gelabah kalau react dengan apa-apa 
    problem

8. Berfikir dulu sebelum cakap. Kalau rasa perkataan anda nak cakap tu 
    macam over sangat, better jangan cakap.

9.  Jangan meninggikan diri ketika berbual. Ooops, meninggi diri akan  
    membuatkan perempuan annoying dengan anda even memang terserlah 
    kehandsome anda itu. Jaga-jaga.

10. Tegur secara berhemah. First keluar jangan nak memandai bagi komen 
     negative kat pasangan anda dari segi pakaian, memang sebenarnya ada 
     potensi untuk di reject. Terima seadanya.

11.Jaga-jaga status di FB and Twitter. Kalau dah status kat facebook pun 
    macam selalu nak marah- marah, tak puas hati sini sana. Anda sebenarnya 
    sedang menjatuhkan saham diri anda. Ini menunjukkan anda tidak mampu 
    menjaga atau mengawal perasaan anda. Mungkin sekali dua bolehla, tetapi  
    lama-lama rasanya akan bakal tidak dilayan.


12. Jaga tingkah laku. Jangan gelak kuat-kuat or cakap kuat-kuat sampai  
    dengar satu restoran. Sebaliknya, cakap lah dengan penuh gentleman. 


sekian.....


Monday 28 January 2013

HATIKU MILIK-MU!!


HATIKU MILIK-MU!!


Aku manusia biasa. Cara hidupku juga biasa. Hartaku tidaklah segunung Kinabalu. Iman dan takwaku tidak sehebat seorang muslimah sejati. Kerana aku insane biasa. Datang dan lahir dari keluarga yang biasa. Namun, jauh di sudut hati ini, aku inginkan luar biasa. Aku sentiasa menanam utuh dalam kalbuku ini agar suatu saat nanti, hatiku akan lembut untuk terus istiqamah di jalan-Nya.

Ini kisahku. Kisah seorang aku bertemu Dia. Dulunya, aku seorang yang biasa. Tidak memakai tudung labuh, tidak memakai stoking dan selalu mesej dengan lelaki bukan mahram kerana mereka kawan-kawan aku. Aku suka bermesej kosong dengan mereka. Entahlah. Rasa serono kot bila selalu mesej dengan lelaki.

Semasa aku tingkatan 3, aku pernah bercouple dengan seseorang ni. Masa tu, geng-geng aku semua dah ada pakwe. Dan, aku barulah nak belajar bercouple. Aku dengan pakwe aku ni, selalulah juga mesej. Tapi, call tu, jarang-jarang. Biasalah, jiwa remaja, sibuk nak bercinta. Tapi, masa tu, aku tetap jaga batas. Tak pernah dating dan keluar berdua dengan dia. Cuma mesej dan kadang-kadang call saja.

Sebelum PMR, hati aku ni bertemu dengan hidayah-Nya. Aku terjumpa satu risalah dakwah tentang cinta. Aku baca dengan hati yang sarat inginkan jawapan kepada persoalan-persoalan aku selama ini. Apakah bercouple itu satu kesalahan? Salahkah aku dan dia bercinta? Aku jumpa setiap jawapan kepada persoalan-persoalan aku ni dalam risalah tersebut. Bukan itu saja, malah, aku turut mencari ilmu di alam maya ini. Aku baca blog-blog para daie yang aku kenal cukup hebat ilmu agamanya dan cukup mantap hujahnya. Aku mula sedar. Aku banyak melakukan dosa!

Aku mencari kekuatan untuk meninggalkan pakwe aku. Dan, aku berjaya! Aku minta untuk putus dengannya! Melalui surat. Aku rasa sangat bahagia setelah aku clash dengan dia! Dan, aku berazam dengan diriku sendiri untuk tidak bercouple lagi dengan mana-mana lelaki. Aku hanya inginkan cinta yang suci dan halal untuk suamiku nanti!

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk.” (al-Isra: 32)

Semasa di tingkatan 4, hidayah-Nya semakin mendapat tempat di hatiku. Aku sebenarnya amat tertarik dengan penampilan para muslimah yang bertudung labuh. Ya! Memang aku teringin sangat nak istiqamah pakai tudung labuh! Bukan hanya pakai di sekolah sahaja!

Seorang ustaz baru di sekolah aku sedikit sebanyak melembutkan hatiku untuk berubah ke arah kebaikan. Beliau cuba menghidupkan suasana Islamik di sekolah aku tu. Aku suka! Ceramah dan tazkirah kerapkali berjalan di sekolah itu. Risalah-risalah dakwah juga sering dipamerkan dan dijadikan bahan rujukan untuk para pelajar. Aku juga mula rajin membaca buku-buku agama.

Aku bergaul dengan geng-geng yang aku baru kenali. Aku bercampur dengan sahabat-sahabat yang sama-sama berusaha denganku mencari cahaya-Nya. Sedikit demi sedikit, aku mula berubah. Aku membeli tudung 60 inci. Aku juga sudah selesa memakai stokin. Tidak ramai ahli saudara-maraku yang bertudung labuh. Hanya ada beberapa sahaja. Iaitu ahli keluarga sebelah bapa. Ahli keluarga sebelah ibu pula, langsung tiada. Hanya ibu sahaja. Kakakku juga tidak bertudung labuh. Hanya tudung biasa. Aku sematkan di dalam hati. Aku akan berusaha untuk istiqamah bertudung labih bulat pula selepas ini. Aku rasa selesa! Serius!

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Surah Al-A’raf : 26)

Umurku genap 18 tahun. Semakin aku mendalami ilmu agama, mencari realiti hidup ini, aku sebenarnya sudah jatuh hati pada seseorang. Mungkin, suka. Belum lagi cinta. Aku abaikan sahaja perasaan itu. Lelaki itu bagiku memang amat istimewa. Sebab aku dan dia berkawan. Dia selalu bertanya soalan yang berkaitan dengan agama padaku. Kadang-kadang, aku juga begitu. Aku sering dan sentiasa cuba untuk tidak terlalu rapat dengannya. Sebenarnya, dia sudah ada insan istimewa di hatinya. Aku cuba untuk menyedarkannya. Aku suka dengar dia bertazkirah di surau dan mengimamkan solat di sekolah dulu. Ya! Aku suka! Sampai kadang-kadang, aku termimpikan dia. Aku malas nak layan perasaan tu. Lagipun. Aku masih belum bersedia! Masih jahil agama!

Aku biarkan saja. Kini, sudah 19 tahun umurku. Perasaan itu seakan masih ada. Hari tu, aku dan kawan-kawanku reunion. Ternyata, lelaki itu masih dengan buah hatinya. Dia benar-benar serius mungkin. Ingin bernikah. Ya Allah! Aku tahu, rasa ini perit. Namun, tak sanggup aku nak luahkan. Aku tak nak mengecewakan sahabatku sendiri. Aku tak nak dilabel perampas. So, aku abaikan dan terus abaikan. Aku terus berusaha mensolehahkan diriku. Aku percaya, Dia sudah menciptakan seseorang khas untukku. Aku sangat yakin, bahawa ada si dia yang tercipta untukku. Ya! Bukan mudah nak hapuskan rasa suka dan sayang yang pernah bertakhta dalam diam. Namun, lama kelamaan, makin aku biarkan, abaikan, ianya semakin berlalu. Apa ubatnya?? Aku cuba rajin dan sibukkan diri dengan kerja-kerja ibadah. Aku percaya dengan janji-Nya. ^^

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)….” (Surah An-Nur : 26)

Sejak umur 17 tahun lagi, aku sudah tidak bermesej dengan lelaki walaupun sekadar kawan. Kecuali, atas dasar keperluan seperti pelajaran dan perkara penting sahaja. Kerana, aku tidak mahu ada sebarang rasa yang akan tersekat di jiwaku ini.

Hingga kini, memang ada beberapa insan yang cuba mengetuk pintu hati ni. Tapi, aku tak nak! Aku tak layan! Benar, jika kita kerap merapatkan diri dengan lelaki, mudah untuk syaitan mengambil alih hati kita dan menodainya. Aku tidak mahu lalai lagi. Aku tidak mahu terleka dan terlena lagi dalam hasutan syaitan. Aku takkan sesekali mulakan sesuatu yang susah untuk aku hentikan. Alhamdulillah, aku kini sudah istiqamah bertudung labuh bulat. Memang kadang-kadang, aku dipandang pelik sebab bertudung labuh! Namun, aku abaikan mereka. Aku utamakan pandangan Yang Maha Esa.

“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (Surah Muhammad : 7)

Dan, kini, aku tetap meneruskan perjuanganku untuk mensolehahkan diri dan menuntut ilmu demi Allah! Aku sudah mempunyai group usrah tersendiri. Bersama para sahabatku. Aku cintakan mereka kerana Allah. ^^

Moga suatu saat nanti, bila aku sudah bersiap sedia, Dia akan menemukan aku dengan insan soleh yang juga mencintai-Nya untuk mencintai dan menikahiku. Aku abaikan segala anasir-anasir rasa yang cuba menggugat dan melemahkan hati dan jiwaku. Aku hanya inginkan satu cinta! Cinta yang halal!

Perasaan ini sungguh indah! Subhanallah! Perasaan tatkala aku sudah berjaya bertemu Dia. Tuhanku. Pemilik nyawaku. Jangan Kau ambil dan tarik semula hidayah-Mu ini. Aku sangat takut dan resah untuk berjauhan dari sisi-Mu. Aku tidak mahu terhumba ke gaung Neraka-Mu gara-gara kemurkaan-Mu.

“Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis.” (Surah Maryam : 58)

Sungguh, hatiku milik-Mu, Ya Rabbi! ^^



Kisah benar,

-seorang hamba Allah-

Sunday 27 January 2013

cinta itu buta??


Cinta itu buta?
Memang cinta itu tidak bermata,
Tapi tidak pula buta,
Kerana kitalah mata itu,
Mata yang letaknya di hati,
Hati yang seharusnya berjalankan petunjukNya
bukannya…
yang disuluh dari cahaya duniawi.
Seharusnya janganlah biar ia dikaburi nafsu ,
Kelak ketajaman mata itu kian hilang bisanya lalu terus tumpul.
Asahlah ia dengan zikrullah,
Siramilah ia dengan basah lidah suarakan selawat buat Rasullullah,
Suburilah ia dengan muhasabah…

Firman Allah yang bermaksud : “Maka tidak pernahkah kamu berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya, bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada.” (Surah al-Hajj : 46)



Kenapa dikatakan cinta itu buta??

Kerana bila tidurnya tidak lena ,
Mandinya tidak basah,
Makannya tidak kenyang,
Hilang tumpuan sibuk & asyik terkenangkan orang tersayang,
Ingatan persis layang-layang terbang di awan terapung bersama angan-angan,
Bila nasihat orang tua dikatakan penghalang,
Bila yang haram menjadi halal,
..berjalan beriringan sambil berpegang tangan,
.. naik motor berpelukan takut tercicir dijalanan,
.. lama -kelamaan kesucian menjadi korban,
Kononnya sebagai tanda cinta sejati tidak berbelah bahagi.
Yang paling diendahkan..
Bilamana tanggungjawab sebagai hamba-Nya mula diabaikan,
Bilamana kitabNya sudah tidak betah ditangan,
..dek kerana mata hati yang mula kabur terjerumus dalam cinta dunia..



Ya Allah, jangan kiranya hati itu milikku,
Ya Allah, jangan juga kiranya anak itu adalah aku,
Ya Allah, ku tak sanggup memiliki tangan itu,
Ya Allah, jauhkanlah dari ‘dimiliki’ mahupun memiliki cinta seperti itu.
Ya Allah , ku takut kiranya akulah hambaMu yang tidak bertanggungjawab itu…
Ku pohon padaMu , payungilah aku dari panahan nafsu syaitan,
Ku harapkan teduhan di bawah lembayung rahmatMu,
Ku tagih redup dari rimbunan pohon kasih sayangMu,
Ku tahu ya Allah, ku tak layak menghuni syurgaMu,
tapi tidak pula ku ingin ke Neraka-Mu..Amin.
Namun begitu ya Allah, layakkah aku untuk CINTA AGUNG-MU??

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Dunia penjara orang Mukmin dan Syurga orang kafir.” (Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim)

LISTEN LISTEN LISTEN?????



ape pendapat korg tentang hal nie???siapa yg salah dan siapa yg betol??

Sunday 20 January 2013

Perniagaan Online Tanpa Modal


Perniagaan Online Tanpa Modal


Perniagaan sudah semesti dikaitkan dengan kewangan tetapi ada jugaperniagaan pada masa kini yang hanya memerlukan usaha anda tanpamelibatkan sebarang modal untuk menjana pendapatan sampingan.
Terdapat dua jenis perniagaan online (internet) yang boleh anda mulakantanpa sebarang modal iaitu Affiliate dan Dropship.
Perniagaan Online Tanpa Modal Perniagaan Online Tanpa Modal
Affiliates
Konsep affiliate lebih kepada anda mempromosikan produk yang dijual oleh individu tertentu dan anda mendapat komisyen yang telah ditetapkan oleh pihak tersebut. Kebanyakan produk affiliate ini adalah terdiri daripada E-Book.
Konsep Affiliate Perniagaan Online Tanpa Modal
Langkah pertama yang perlu anda lakukan ialah mendaftarkan diri di mana-mana laman yang menawarkan affiliates bagi produk mereka dan anda akan diberikan satu link khas bagi tujuan promosi.
Langkah kedua, anda promosikan produk mereka dan pastikan pelanggan yang hendak membeli produk, membeli melalui link tersebut.
Melalui dua langkah mudah ini, anda akan mendapat komisyen daripada pihak pengendali produk tersebut.
Dropship
Konsep dropship sedikit berbeza daripada affiliates. Anda menjual produk dropship mengikut harga yang anda sendiri dan pelanggan akan membuat tempahan dan bayaran kepada anda. Ini bermakna, keuntungan ditetapkan oleh anda.
dropshipping cycle Perniagaan Online Tanpa Modal
Langkah pertama sama sahaja seperti affiliates, anda perlu mendaftarkan diri atau mencari mana-mana laman web atau kedai online yang menerima dropship.
Langkah kedua, fikirkan satu harga yang bersesuai untuk anda jual produk tersebut atas nama anda atau kedai anda. Harga mestilah lebih tinggi daripada harga pembekal kepada anda. Fikirkan juga kos pos yang dikenakan oleh pembekal kepada anda.
Langkah ketiga, promosikan produk tersebut di laman sosial atau mana-mana yang anda rasa sesuai. Apabila pelanggan anda membuat tempahan kepada anda, anda perlu membuat tempahan yang sama kepada pembekal produk tersebut.
Kemudian, pihak pembekal produk akan menghantar produk tersebut kepada pembeli anda.
Nasihat saya sebelum memulakan perniagaan dropship dan affiliate ini, pastikan anda memeriksa dahulu latar belakang produk dan individu yang menawarkan khidmat dropship dan affiliate ini. Ini bertujuan untuk mengelakkan anda daripada tertipu. Pastikan produk    tersebut berkualiti dan dijamin sampai kepada pelanggan anda.

Saturday 19 January 2013

Kebaikan Facebook kepada remaja


Kebaikan Facebook kepada remaja

Dalam entri yang lepas,saya telah pun menjelaskan keburukan facebook jika disalah atau terlebih guna..

Tapi tak adil kan kalau kita cerita pasal keburukan sahaja,tak kan takde kebaikan ye tak?
Jadi meh la kita senaraikan kebaikan facebook kepada remaja.Eh! remaja je...yang lain mana?
Sebenarnya facebook nie untuk semua,tapi oleh sebab yang banyak nak tahu adalah golongan remaja,jadi entri ini ditujukan kepada mereka..Yang bukan remaja tapi still young in the heart boleh baca gak...

Oleh kerana Facebook adalah satu keperluan,maka banyaklah kegunaannya.
Apa kebaikan Facebook?Yang pertama ini pasti semua tahu.
 Jaringan sosial.
We called it in english social network. Kita dapat tambah kenalan baru, (pilih kenalan tau...jangan main add je-pesanan penaja (^_^) melalui group games,group bisnes,group kelab libur,group ex classmate,group kerja.. Kalau ikut cara yang betul- bukan dengan menipu(tipu dosa tau), kita dapat mengeratkan siraturrahim....Yang buat bisnes,dapat melebarkan perniagaan mereka,boleh dapat ramai pelanggan.


2.  Peluang Perniagaan

Oleh kerana,semua orang sibuk sampai ada yang tak sempat pergi ke kedai(ada ke)ada- yang rumah jauh dari kedai hehe,jadi buy online(beli secara talian) menjadi pilihan ramai.
Yang menjual- tak perlu sewa kedai, yang membeli pulak tak perlu keluar rumah,cari kedai,cari parking,tempoh jalan 'jem' semata-mata nak beli sesuatu..- jimat kos dan tenaga.
Jangan tak percaya- dengan meletakkan jualan di facebook pun boleh kaya tau..

3. Interaksi sosial

Melalui facebook,kita dapat berinteraksi,berhubung semula dengan rakan-rakan lama,saudara mara yang terpisah jauh.Hubungan tak akan terputus- bak kata orang jauh di mata dekat di hati. Melalui facebook,kita dapat hubung semula dengan rakan-rakan sekolah rendah,menengah,zaman kolej,zaman universiti,tempat kerja lama dan lain -lain.

4. Sumber perkongsian maklumat

Melalui facebook,kita dapat berkongsi maklumat,berkongsi masalah- hati-hati ye...jangan kongsi hal yang tak sepatutnya.. minta pandangan.pendapat.
Upload je gambar atau letak pada status, maklumat terus sampai kepada semua kenalan anda, Contohnya macam gempa bumi baru-baru ni, semua orang dapat berjaga-jaga,tanya khabar saudara yang tinggal di kawasan yang terkena tempias gempa bumi seperti di Penang,Kedah..
Kalau ada majlis atau kenduri kahwin atau dapat new baby misalannya- saudara jauh yang tak dapat pulang - kita dapat kongsi kegembiraan kita bersama mereka.
Jadi tak la terputus hubungan.
Selain itu, kita boleh jadikan  sebagai medium dakwah- jadi nasihat yang baik boleh disampaikan kepada ramai orang.


Secara kesimpulannya,terpulang kepada diri kita tujuan kita berfacebook..Kalau baik,insyaAllah baik lah arahnya.

Friday 18 January 2013

Kesan Negatif Facebook kepada remaja



Facebook adalah antara jaringan sosial yang terkenal di Malaysia. Facebook mula terkenal bermula pada tahun 2010.Kini boleh dikatakan lebih 7 juta orang mempunyai akaun facebook.

Pembahagian statistik pengguna facebook mengikut umur


Menariknya, melalui statistik yang disediakan oleh Facebakers, yang mana dikemaskini setiap hari, ianya didapati seramai 3,472,200 orang ataupun, lebih 52% orang adalah pengguna lelaki, dan bakinya, 48% adalah pengguna perempuan.
Pengguna Facebook di Malaysia yang paling aktif pula antara umur 18 tahun hingga 24 tahun merangkumi lebih kurang 37% pengguna Facebook di Malaysia. Ianya diikuti dengan umur 25-34 tahun dengan meliputi hampir 31% pengguna Facebook di Malaysia.


Data-data ini sekaligus memperlihatkan yang mana Malaysia kini menduduki kedudukan ke-17 dengan pengguna Facebook paling ramai, sekaligus menjadi negara Asia Tenggara ke-3 paling ramai, dibelakang Indonesia dan Filipina.


Jika dilihat daripada statistik golongan muda terutamanya remaja adalah golongan yang banyak berinteraksi melalui facebook. Semestinya,walaupun terdapat kebaikan,facebook juga memberi kesan yang negatif kepada remaja.Antaranya:


1. Ketagihan facebook
       Apabila terlalu asyik dengan facebook,ia boleh menyebabkan ketagihan seperti ketagihan dadah.Mereka sanggup menghabiskan masa dan wang semata-mata untuk melayari facebook dan internet. Tambahan pula apabila berkenalan dengan rakan yang menjadi tempat meluahkan perasaan,yang handsome dan cantik. Ini akan mengakibatkan ketagihan facebook.Mereka akan sentiasa chatting,'update status','upload gambar" supaya dapat menarik minat pembaca terutama orang yang disukai.


2. Kurangnya sosialisasi
      Masa yang diperuntukkan untuk facebook adalah sangat banyak. Apatah lagi,di dalam facebook terdapat pelbagai jenis "games" yang mampu melekakan remaja.Apabila ini berlaku,remaja mula kurang melakukan aktiviti yang sosial bersama rakan-rakan sebaya,tidak berminat untuk menghadiri kenduri atau majlis-majlis. Tambahan pula,ia juga akan mengurangkan masa remaja bersama keluarga.Para remaja lebih cenderung duduk di rumah sambil melayari facebook berbanding mempunyai masa berkualiti bersama ahli keluarga.


3. Pembaziran wang dan masa
            Jika dahulu,remaja yang ponteng sekolah akan melepak di "shopping complex",berlainan pula sekarang.Cyber cafe' akan menjadi pusat mereka menghabiskan waktu dan wang sekiranya mereka ponteng sekolah.Terdapat kes yang sanggup menipu dan mencuri wang semata-mata untuk berkunjung ke cyber cafe'


4. Menganggu kesihatan
      Bukan sahaja yang membazirkan masa,malah ia turut menjejaskan kesihatan.Duduk terlalu lama menghadap komputer sambil melayari facebook boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan,antaranya obesiti(akibat tidak melakukan senaman dan tidak banyak bergerak),penghadaman(duduk terlalu lama),atau penyakit mata?(terlalu lama memandang komputer) atau penyakit saraf dan sakit belakang.


5.  Tidak minat belajar
         Remaja didapati mula tidak minat belajar apabila terlalu asyik melayari facebook.Ini pastinya akan menjejaskan akademik dan masa hadapan mereka. Apabila guru mengajar di depan,remaja asyik melayari facebook di belakang.


6. Terdedah dengan jenayah siber
        Remaja yang ketagih facebook akan mudah terjerat dengan jenayah siber seperti penipuan,pornografi,buli siber. Kes melibatkan jenayah siber sudah banyak kali didedahkan,namun ia tidak diambil serius oleh ibu bapa dalam mengawal akses internet anak mereka. Banyak juga kes buli yang diambil melalui telefon dimuatnaik dan dikongsi di facebook.Ini bukan sahaja mengaibkan mangsa,malah ia turut memalukan pelaku dan keluarga.Akibatnya,hukuman menanti si pembuli.


7. Menimbulkan perselisihan faham,pergaduhan
           Kadangkala facebook juga boleh mencetuskan kemarahan dan perselisihan faham yang boleh mengakibatkan pergaduhan antara pelajar.Misalnya status yang di'update' boleh mengudang kemarahan orang lain.Gambar-gambar yang memalukan yang ditayangkan kepada umum.




Facebook boleh memberi kebaikan kepada semua terutamanya remaja,namun jika ia disalahgunakan,maka ia boleh mengundang bahana.Oleh itu,gunakanlah facebook sebaik-baiknya.

Thursday 17 January 2013

ingin mengetahui resepi durian crepe???


Bahan-bahan ( 30 bantal )

250grm tepung gandum
2 biji telur
500ml santan
1/2 sudu teh garam
Pewarna (ikut suka nak warna apa. saya selalu buat warna hijau&kuning telur)
Filling**
1 cawan Non Dairy Whipping Creme yang sudah dipukul kental
Isi Durian yg telah dilenyek.

Cara-cara

1)Campur semua bahan kemudian blender dan tapis.

2)Panaskan non-stik pan dengan api yang kecil.

3)Tuang 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe. (tak perlu terbalikkan dan biarkan permukaan atas kering. Angkat dan biarkan sejuk.

4)Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream ditengah-tengah,lapis dengan isi durian, tutup semula dengan whipping cream. Akhir sekali lipat dan simpan didalam peti sejuk.

selamat menjamu selera....

Wednesday 16 January 2013

tips2 belajar sambil bekerja??


9 TIPS CEMERLANG BELAJAR SAMBIL BEKERJA



Belajar sambil bekerja bukanlah semudah yang di sangka, selain perlu bijak membahagikan masa antara komitmen kerja, keluarga dan pengajian. Mereka yang belajar sambil bekerja ini juga perlu kuat semangat dan tabah dalam menjalani kehidupan. Untuk seketika, mereka perlu mengenepikan soal hiburan, lepak atau percutian bersama keluarga. Disini ada panduan untuk di kongsi bersama:-

1. Rancang kerja anda sebaiknya (deadline) bagi tugasan pejabat serta pengajian lebih awal dan letakkan di tempat yang mudah di lihat.

2. Gunakan masa dengan sebaiknya. Anda mungkin boleh membaca atau mendengar semula rakaman kuliah ketika menaiki tren daripada hanya melihat gelagat penumpang lain ketika menunggu untuk tiba ke destinasi.

3. bekerja sambil belajar sememangnya memenatkan. Makan dengan teratur, bersenam, dapatkan rehat secukupnya dan jika berpeluang, teruskan aktiviti sosial anda.

4. Jika anda mempunyai masalah untuk menepati tarikh akhir atau tiba-tiba terjadi masalah keluarga dan kerja. beritahu kepada pensyarah anda lebih awal. Mereka juga manusia dan tentu mereka memahami beban anda untuk melakukan dua perkara ini serentak.

5. Sentiasa ingatkan diri anda matlamat sebanar anda, menyambung semula pengajian. jika anda sambil lewa terhadap pengajian ia boleh menjejaskan masa depan anda selain merugikan masa, wang dan tenaga.

6. Beritahu ketua atau majikan anda mengenai pengajian anda, menyambung pengajian menunjukkan anda serius mengenai pembangunan diri sebagai seorang individu

7. Ada ramai penuntut dewasa yang mengikuti pengajian separuh masa. Anda seharusnya melihat ini sebagai peluang untuk mengembangkan jaringan kenalan.

8. Wujuskan tempat bekerja yang selesa, Gunakan apa sahaja kaedah yang dapat membantu anda untuk lebih fokus dan meningkatkan semangat terhadap pangajian dan pekerjaan. Kata-kata semangat dan gambar orang tersayang pasti dapat membantu anda

9. Cari tempoh waktu terbaik untuk anda belajar atau mengulangkaji. Elakkan mengulangkaji di saat akhir kerana ia akan menambahkan tekanan anda


Monday 14 January 2013

inginkan awet muda???


Khasiat Ulam-Ulaman


Amalan makan ulam atau sayur-sayuran mentah boleh membuatkan seseorang awet muda kerana ia mengandungi banyak bahan antioksidan yang mampu menghalang tindakan radikal bebas.

Sebenarnya amalan makan ulam menjadi budaya masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Malah, ia menjadi ikutan kaum lain sehingga ada yang kata rasa tidak puas makan nasi jika tiada ulam bercecah sambal belacan.

Ada juga yang tidak berselera makan jika tiada ulam atau sayur. Paling tidak, mesti ada timun untuk membuka selera. Ini amalan baik kerana setiap hari badan kita memerlukan kira-kira 40 jenis nutrien untuk kekal sihat.

Apabila kita makan, kita sebenarnya membuat pelaburan pada kesihatan. Kesan pelaburan ini bergantung kepada jenis makanan diambil. Jika mengamalkan diet yang banyak lemak, bermakna kita akan mengalami masalah pertambahan berat badan dan paras kolesterol tinggi.

Sebaliknya, individu yang mengamalkan pemakanan seimbang dengan melebihkan pengambilan sayur dan buah biasanya tampil lebih sihat dan menarik serta mampu mengekalkan kelangsingan badan.

Selain mempunyai pelbagai khasiat, ulam sering dijadikan bahan rawatan tradisional dan kini banyak kajian dilakukan untuk mengkomersialkan khasiat ulam.

Pengamal perubatan tradisional mengatakan, ubat bagi pelbagai penyakit sebenarnya ada di sekeliling rumah seperti cekur, pegaga, nanas, kunyit, halia, peria, kacang botor, pucuk betik mahupun kacang panjang.

Pegaga

Pegaga biasanya tumbuh melata di keliling rumah. Namun tumbuhan yang kecil ini besar khasiatnya. Ia kaya vitamin A dan C serta zat besi sering dijadikan sayur-sayuran ‘rasmi’ untuk wanita ketika berpantang.

Pegaga atau nama saintifiknya Cantella asiatica boleh membangkitkan selera makan, membantu meredakan masalah penghadaman, mengatasi masalah buasir kerana mengandungi serat. Ia juga mampu melancarkan aliran darah, terutama bagi wanita yang ada masalah haid.

Air perahan daun pegaga juga dikatakan boleh menyejukkan badan dan elok diamalkan jika demam, mengalami masalah berak berdarah atau lelah. Malah, ada yang menjadikannya sebagai minuman untuk menguruskan badan.

Pegaga juga dipercayai boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka, ulser dan masalah kulit lain. Ini sebabnya ia dijadikan makanan wajib bagi wanita berpantang supaya luka bersalin lebih cepat sembuh.

Pegaga juga dijadikan ubat untuk merawat masalah keputihan yang menyebabkan faraj terasa gatal. Masalah keputihan biasanya dialami wanita yang mempunyai anak. Caranya, minum air rebusan pegaga yang dicampurkan secubit sedikit garam. Amalkan minum air rebusan ini dua kali sehari.

Orang tua-tua percaya, akar pegaga juga banyak khasiatnya. Amalan minum air rebusan akar pegaga ini dipercayai boleh membantu mengawal paras gula dalam darah di kalangan pesakit kencing manis.


Timun

Seorang saintis tempatan mengesyorkan supaya makan empulur (isi timun) setiap hari untuk awet muda. Rawatan tradisional Cina menggunakan timun sebagai makanan kesihatan, khususnya untuk menyingkirkan bahan toksik dari badan.

Amalan makan timun juga boleh mengatasi masalah sakit tekak, gatal kerongkong dan batuk. Mengamalkan minum jus timun segar juga dipercayai dapat membantu merendahkan tekanan darah.

Ada juga petua menyarankan individu yang mahu mengurangkan berat badan supaya minum jus timun dua gelas sehari, di samping bersenam dan mengawal pemakanan.

Timun juga sebenarnya boleh menambah selera makan dan ia baik untuk diambil individu yang mengalami masalah terlalu kurus, tiada selera atau kurang berat badan.

Timun juga menjadi bahan asas kepada pelbagai produk kecantikan. Secara tradisionalnya, hirisan timun boleh dijadikan pencuci muka dan membuatkan kulit lembut, licin dan sentiasa lembap; sesuai diamalkan individu yang mengalami masalah kulit berminyak.



Cekur

Ia adalah ulam yang biasa tetapi jarang mendapat perhatian. Ulam daripada keluarga halia ini mempunyai banyak khasiat, khususnya untuk mengubati batuk, sakit tekak dan meredakan demam.

Selain dimakan mentah, hirisan akarnya boleh dijadikan perencah untuk menaikkan rasa masakan. Ia juga mempunyai bahan antibakteria, antifungus dan antikeradangan.


Kunyit muda

Walaupun rasanya kurang disenangi, kunyit muda sangat berkhasiat untuk dijadikan ulam.

Kajian dijalankan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapati, kunyit mengandungi curcumin yang memberikan warna kuning jingga berpotensi untuk merawat barah.

Kunyit juga mengandungi banyak bahan antioksida yang lebih baik berbanding vitamin C dan E, ia mampu melindungi sistem kardiovaskular, merendahkan kadar kolesterol dalam darah dan merawat demam kuning.

Perubatan tradisional Melayu menggunakan pati kunyit yang diberikan kepada wanita selepas bersalin untuk mempercepatkan penyembuhan luka dan mengecutkan rahim.


Petai

Walaupun mempunyai bau kuat, ia menjadi kegemaran ramai, sama ada dimakan mentah atau dimasak bersama sambal tumis. Sebenarnya pucuk petai juga boleh dijadikan ulam dan ia dikatakan baik untuk membantu mengawal penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi.

Pucuk kaduk

Pucuk kaduk biasanya lebih kerap dijadikan bahan perasa masakan, tetapi ia juga boleh dimakan mentah. Ia dipercayai boleh menguatkan tulang dan rebusan daun kaduk dijadikan ubat melegakan batuk, selesema dan sengal sendi.


Pucuk gajus

Rasanya yang masam menjadikan ulam ini sangat istimewa. Pucuk gajus dipercayai boleh mengubati masalah cirit-birit, mual dan muntah. Daun tua yang dilumatkan boleh dijadikan ubat untuk kulit melecur atau penyakit kulit lain.


Lobak merah

Jarang kita jadikan lobak merah sebagai ulam harian kerana ia biasanya dicampur dalam salad. Lobak merah kaya vitamin A dan mineral seperti kalium, magnesium, fosforus dan sulfur.

Ia baik untuk mengatasi masalah rabun malam akibat kekurangan vitamin A dan kandungan serat tinggi dapat memperbaiki gangguan saluran usus.


Mengkudu

Pucuk mengkudu biasanya dimasak atau dicelur untuk dijadikan perencah urap dan pecal. Ia kaya dengan beta karoten dan zat besi yang baik digunakan untuk mengatasi masalah kurang darah.

Buah mengkudu masak pula mengandungi bahan antiseptik berfungsi melegakan kesakitan, bahan antioksida, merangsang pengeluaran sel darah putih dan meningkatkan daya ketahanan badan.

Jering

Walaupun berbau kuat, jering mempunyai khasiat perubatan tinggi. Ia kaya protein, karbohidrat dan serat yang mampu mengubati penyakit kencing manis.