Monday 28 January 2013

HATIKU MILIK-MU!!


HATIKU MILIK-MU!!


Aku manusia biasa. Cara hidupku juga biasa. Hartaku tidaklah segunung Kinabalu. Iman dan takwaku tidak sehebat seorang muslimah sejati. Kerana aku insane biasa. Datang dan lahir dari keluarga yang biasa. Namun, jauh di sudut hati ini, aku inginkan luar biasa. Aku sentiasa menanam utuh dalam kalbuku ini agar suatu saat nanti, hatiku akan lembut untuk terus istiqamah di jalan-Nya.

Ini kisahku. Kisah seorang aku bertemu Dia. Dulunya, aku seorang yang biasa. Tidak memakai tudung labuh, tidak memakai stoking dan selalu mesej dengan lelaki bukan mahram kerana mereka kawan-kawan aku. Aku suka bermesej kosong dengan mereka. Entahlah. Rasa serono kot bila selalu mesej dengan lelaki.

Semasa aku tingkatan 3, aku pernah bercouple dengan seseorang ni. Masa tu, geng-geng aku semua dah ada pakwe. Dan, aku barulah nak belajar bercouple. Aku dengan pakwe aku ni, selalulah juga mesej. Tapi, call tu, jarang-jarang. Biasalah, jiwa remaja, sibuk nak bercinta. Tapi, masa tu, aku tetap jaga batas. Tak pernah dating dan keluar berdua dengan dia. Cuma mesej dan kadang-kadang call saja.

Sebelum PMR, hati aku ni bertemu dengan hidayah-Nya. Aku terjumpa satu risalah dakwah tentang cinta. Aku baca dengan hati yang sarat inginkan jawapan kepada persoalan-persoalan aku selama ini. Apakah bercouple itu satu kesalahan? Salahkah aku dan dia bercinta? Aku jumpa setiap jawapan kepada persoalan-persoalan aku ni dalam risalah tersebut. Bukan itu saja, malah, aku turut mencari ilmu di alam maya ini. Aku baca blog-blog para daie yang aku kenal cukup hebat ilmu agamanya dan cukup mantap hujahnya. Aku mula sedar. Aku banyak melakukan dosa!

Aku mencari kekuatan untuk meninggalkan pakwe aku. Dan, aku berjaya! Aku minta untuk putus dengannya! Melalui surat. Aku rasa sangat bahagia setelah aku clash dengan dia! Dan, aku berazam dengan diriku sendiri untuk tidak bercouple lagi dengan mana-mana lelaki. Aku hanya inginkan cinta yang suci dan halal untuk suamiku nanti!

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk.” (al-Isra: 32)

Semasa di tingkatan 4, hidayah-Nya semakin mendapat tempat di hatiku. Aku sebenarnya amat tertarik dengan penampilan para muslimah yang bertudung labuh. Ya! Memang aku teringin sangat nak istiqamah pakai tudung labuh! Bukan hanya pakai di sekolah sahaja!

Seorang ustaz baru di sekolah aku sedikit sebanyak melembutkan hatiku untuk berubah ke arah kebaikan. Beliau cuba menghidupkan suasana Islamik di sekolah aku tu. Aku suka! Ceramah dan tazkirah kerapkali berjalan di sekolah itu. Risalah-risalah dakwah juga sering dipamerkan dan dijadikan bahan rujukan untuk para pelajar. Aku juga mula rajin membaca buku-buku agama.

Aku bergaul dengan geng-geng yang aku baru kenali. Aku bercampur dengan sahabat-sahabat yang sama-sama berusaha denganku mencari cahaya-Nya. Sedikit demi sedikit, aku mula berubah. Aku membeli tudung 60 inci. Aku juga sudah selesa memakai stokin. Tidak ramai ahli saudara-maraku yang bertudung labuh. Hanya ada beberapa sahaja. Iaitu ahli keluarga sebelah bapa. Ahli keluarga sebelah ibu pula, langsung tiada. Hanya ibu sahaja. Kakakku juga tidak bertudung labuh. Hanya tudung biasa. Aku sematkan di dalam hati. Aku akan berusaha untuk istiqamah bertudung labih bulat pula selepas ini. Aku rasa selesa! Serius!

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Surah Al-A’raf : 26)

Umurku genap 18 tahun. Semakin aku mendalami ilmu agama, mencari realiti hidup ini, aku sebenarnya sudah jatuh hati pada seseorang. Mungkin, suka. Belum lagi cinta. Aku abaikan sahaja perasaan itu. Lelaki itu bagiku memang amat istimewa. Sebab aku dan dia berkawan. Dia selalu bertanya soalan yang berkaitan dengan agama padaku. Kadang-kadang, aku juga begitu. Aku sering dan sentiasa cuba untuk tidak terlalu rapat dengannya. Sebenarnya, dia sudah ada insan istimewa di hatinya. Aku cuba untuk menyedarkannya. Aku suka dengar dia bertazkirah di surau dan mengimamkan solat di sekolah dulu. Ya! Aku suka! Sampai kadang-kadang, aku termimpikan dia. Aku malas nak layan perasaan tu. Lagipun. Aku masih belum bersedia! Masih jahil agama!

Aku biarkan saja. Kini, sudah 19 tahun umurku. Perasaan itu seakan masih ada. Hari tu, aku dan kawan-kawanku reunion. Ternyata, lelaki itu masih dengan buah hatinya. Dia benar-benar serius mungkin. Ingin bernikah. Ya Allah! Aku tahu, rasa ini perit. Namun, tak sanggup aku nak luahkan. Aku tak nak mengecewakan sahabatku sendiri. Aku tak nak dilabel perampas. So, aku abaikan dan terus abaikan. Aku terus berusaha mensolehahkan diriku. Aku percaya, Dia sudah menciptakan seseorang khas untukku. Aku sangat yakin, bahawa ada si dia yang tercipta untukku. Ya! Bukan mudah nak hapuskan rasa suka dan sayang yang pernah bertakhta dalam diam. Namun, lama kelamaan, makin aku biarkan, abaikan, ianya semakin berlalu. Apa ubatnya?? Aku cuba rajin dan sibukkan diri dengan kerja-kerja ibadah. Aku percaya dengan janji-Nya. ^^

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)….” (Surah An-Nur : 26)

Sejak umur 17 tahun lagi, aku sudah tidak bermesej dengan lelaki walaupun sekadar kawan. Kecuali, atas dasar keperluan seperti pelajaran dan perkara penting sahaja. Kerana, aku tidak mahu ada sebarang rasa yang akan tersekat di jiwaku ini.

Hingga kini, memang ada beberapa insan yang cuba mengetuk pintu hati ni. Tapi, aku tak nak! Aku tak layan! Benar, jika kita kerap merapatkan diri dengan lelaki, mudah untuk syaitan mengambil alih hati kita dan menodainya. Aku tidak mahu lalai lagi. Aku tidak mahu terleka dan terlena lagi dalam hasutan syaitan. Aku takkan sesekali mulakan sesuatu yang susah untuk aku hentikan. Alhamdulillah, aku kini sudah istiqamah bertudung labuh bulat. Memang kadang-kadang, aku dipandang pelik sebab bertudung labuh! Namun, aku abaikan mereka. Aku utamakan pandangan Yang Maha Esa.

“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (Surah Muhammad : 7)

Dan, kini, aku tetap meneruskan perjuanganku untuk mensolehahkan diri dan menuntut ilmu demi Allah! Aku sudah mempunyai group usrah tersendiri. Bersama para sahabatku. Aku cintakan mereka kerana Allah. ^^

Moga suatu saat nanti, bila aku sudah bersiap sedia, Dia akan menemukan aku dengan insan soleh yang juga mencintai-Nya untuk mencintai dan menikahiku. Aku abaikan segala anasir-anasir rasa yang cuba menggugat dan melemahkan hati dan jiwaku. Aku hanya inginkan satu cinta! Cinta yang halal!

Perasaan ini sungguh indah! Subhanallah! Perasaan tatkala aku sudah berjaya bertemu Dia. Tuhanku. Pemilik nyawaku. Jangan Kau ambil dan tarik semula hidayah-Mu ini. Aku sangat takut dan resah untuk berjauhan dari sisi-Mu. Aku tidak mahu terhumba ke gaung Neraka-Mu gara-gara kemurkaan-Mu.

“Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis.” (Surah Maryam : 58)

Sungguh, hatiku milik-Mu, Ya Rabbi! ^^



Kisah benar,

-seorang hamba Allah-

Sunday 27 January 2013

cinta itu buta??


Cinta itu buta?
Memang cinta itu tidak bermata,
Tapi tidak pula buta,
Kerana kitalah mata itu,
Mata yang letaknya di hati,
Hati yang seharusnya berjalankan petunjukNya
bukannya…
yang disuluh dari cahaya duniawi.
Seharusnya janganlah biar ia dikaburi nafsu ,
Kelak ketajaman mata itu kian hilang bisanya lalu terus tumpul.
Asahlah ia dengan zikrullah,
Siramilah ia dengan basah lidah suarakan selawat buat Rasullullah,
Suburilah ia dengan muhasabah…

Firman Allah yang bermaksud : “Maka tidak pernahkah kamu berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya, bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada.” (Surah al-Hajj : 46)



Kenapa dikatakan cinta itu buta??

Kerana bila tidurnya tidak lena ,
Mandinya tidak basah,
Makannya tidak kenyang,
Hilang tumpuan sibuk & asyik terkenangkan orang tersayang,
Ingatan persis layang-layang terbang di awan terapung bersama angan-angan,
Bila nasihat orang tua dikatakan penghalang,
Bila yang haram menjadi halal,
..berjalan beriringan sambil berpegang tangan,
.. naik motor berpelukan takut tercicir dijalanan,
.. lama -kelamaan kesucian menjadi korban,
Kononnya sebagai tanda cinta sejati tidak berbelah bahagi.
Yang paling diendahkan..
Bilamana tanggungjawab sebagai hamba-Nya mula diabaikan,
Bilamana kitabNya sudah tidak betah ditangan,
..dek kerana mata hati yang mula kabur terjerumus dalam cinta dunia..



Ya Allah, jangan kiranya hati itu milikku,
Ya Allah, jangan juga kiranya anak itu adalah aku,
Ya Allah, ku tak sanggup memiliki tangan itu,
Ya Allah, jauhkanlah dari ‘dimiliki’ mahupun memiliki cinta seperti itu.
Ya Allah , ku takut kiranya akulah hambaMu yang tidak bertanggungjawab itu…
Ku pohon padaMu , payungilah aku dari panahan nafsu syaitan,
Ku harapkan teduhan di bawah lembayung rahmatMu,
Ku tagih redup dari rimbunan pohon kasih sayangMu,
Ku tahu ya Allah, ku tak layak menghuni syurgaMu,
tapi tidak pula ku ingin ke Neraka-Mu..Amin.
Namun begitu ya Allah, layakkah aku untuk CINTA AGUNG-MU??

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Dunia penjara orang Mukmin dan Syurga orang kafir.” (Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim)

LISTEN LISTEN LISTEN?????



ape pendapat korg tentang hal nie???siapa yg salah dan siapa yg betol??

Sunday 20 January 2013

Perniagaan Online Tanpa Modal


Perniagaan Online Tanpa Modal


Perniagaan sudah semesti dikaitkan dengan kewangan tetapi ada jugaperniagaan pada masa kini yang hanya memerlukan usaha anda tanpamelibatkan sebarang modal untuk menjana pendapatan sampingan.
Terdapat dua jenis perniagaan online (internet) yang boleh anda mulakantanpa sebarang modal iaitu Affiliate dan Dropship.
Perniagaan Online Tanpa Modal Perniagaan Online Tanpa Modal
Affiliates
Konsep affiliate lebih kepada anda mempromosikan produk yang dijual oleh individu tertentu dan anda mendapat komisyen yang telah ditetapkan oleh pihak tersebut. Kebanyakan produk affiliate ini adalah terdiri daripada E-Book.
Konsep Affiliate Perniagaan Online Tanpa Modal
Langkah pertama yang perlu anda lakukan ialah mendaftarkan diri di mana-mana laman yang menawarkan affiliates bagi produk mereka dan anda akan diberikan satu link khas bagi tujuan promosi.
Langkah kedua, anda promosikan produk mereka dan pastikan pelanggan yang hendak membeli produk, membeli melalui link tersebut.
Melalui dua langkah mudah ini, anda akan mendapat komisyen daripada pihak pengendali produk tersebut.
Dropship
Konsep dropship sedikit berbeza daripada affiliates. Anda menjual produk dropship mengikut harga yang anda sendiri dan pelanggan akan membuat tempahan dan bayaran kepada anda. Ini bermakna, keuntungan ditetapkan oleh anda.
dropshipping cycle Perniagaan Online Tanpa Modal
Langkah pertama sama sahaja seperti affiliates, anda perlu mendaftarkan diri atau mencari mana-mana laman web atau kedai online yang menerima dropship.
Langkah kedua, fikirkan satu harga yang bersesuai untuk anda jual produk tersebut atas nama anda atau kedai anda. Harga mestilah lebih tinggi daripada harga pembekal kepada anda. Fikirkan juga kos pos yang dikenakan oleh pembekal kepada anda.
Langkah ketiga, promosikan produk tersebut di laman sosial atau mana-mana yang anda rasa sesuai. Apabila pelanggan anda membuat tempahan kepada anda, anda perlu membuat tempahan yang sama kepada pembekal produk tersebut.
Kemudian, pihak pembekal produk akan menghantar produk tersebut kepada pembeli anda.
Nasihat saya sebelum memulakan perniagaan dropship dan affiliate ini, pastikan anda memeriksa dahulu latar belakang produk dan individu yang menawarkan khidmat dropship dan affiliate ini. Ini bertujuan untuk mengelakkan anda daripada tertipu. Pastikan produk    tersebut berkualiti dan dijamin sampai kepada pelanggan anda.

Saturday 19 January 2013

Kebaikan Facebook kepada remaja


Kebaikan Facebook kepada remaja

Dalam entri yang lepas,saya telah pun menjelaskan keburukan facebook jika disalah atau terlebih guna..

Tapi tak adil kan kalau kita cerita pasal keburukan sahaja,tak kan takde kebaikan ye tak?
Jadi meh la kita senaraikan kebaikan facebook kepada remaja.Eh! remaja je...yang lain mana?
Sebenarnya facebook nie untuk semua,tapi oleh sebab yang banyak nak tahu adalah golongan remaja,jadi entri ini ditujukan kepada mereka..Yang bukan remaja tapi still young in the heart boleh baca gak...

Oleh kerana Facebook adalah satu keperluan,maka banyaklah kegunaannya.
Apa kebaikan Facebook?Yang pertama ini pasti semua tahu.
 Jaringan sosial.
We called it in english social network. Kita dapat tambah kenalan baru, (pilih kenalan tau...jangan main add je-pesanan penaja (^_^) melalui group games,group bisnes,group kelab libur,group ex classmate,group kerja.. Kalau ikut cara yang betul- bukan dengan menipu(tipu dosa tau), kita dapat mengeratkan siraturrahim....Yang buat bisnes,dapat melebarkan perniagaan mereka,boleh dapat ramai pelanggan.


2.  Peluang Perniagaan

Oleh kerana,semua orang sibuk sampai ada yang tak sempat pergi ke kedai(ada ke)ada- yang rumah jauh dari kedai hehe,jadi buy online(beli secara talian) menjadi pilihan ramai.
Yang menjual- tak perlu sewa kedai, yang membeli pulak tak perlu keluar rumah,cari kedai,cari parking,tempoh jalan 'jem' semata-mata nak beli sesuatu..- jimat kos dan tenaga.
Jangan tak percaya- dengan meletakkan jualan di facebook pun boleh kaya tau..

3. Interaksi sosial

Melalui facebook,kita dapat berinteraksi,berhubung semula dengan rakan-rakan lama,saudara mara yang terpisah jauh.Hubungan tak akan terputus- bak kata orang jauh di mata dekat di hati. Melalui facebook,kita dapat hubung semula dengan rakan-rakan sekolah rendah,menengah,zaman kolej,zaman universiti,tempat kerja lama dan lain -lain.

4. Sumber perkongsian maklumat

Melalui facebook,kita dapat berkongsi maklumat,berkongsi masalah- hati-hati ye...jangan kongsi hal yang tak sepatutnya.. minta pandangan.pendapat.
Upload je gambar atau letak pada status, maklumat terus sampai kepada semua kenalan anda, Contohnya macam gempa bumi baru-baru ni, semua orang dapat berjaga-jaga,tanya khabar saudara yang tinggal di kawasan yang terkena tempias gempa bumi seperti di Penang,Kedah..
Kalau ada majlis atau kenduri kahwin atau dapat new baby misalannya- saudara jauh yang tak dapat pulang - kita dapat kongsi kegembiraan kita bersama mereka.
Jadi tak la terputus hubungan.
Selain itu, kita boleh jadikan  sebagai medium dakwah- jadi nasihat yang baik boleh disampaikan kepada ramai orang.


Secara kesimpulannya,terpulang kepada diri kita tujuan kita berfacebook..Kalau baik,insyaAllah baik lah arahnya.

Friday 18 January 2013

Kesan Negatif Facebook kepada remaja



Facebook adalah antara jaringan sosial yang terkenal di Malaysia. Facebook mula terkenal bermula pada tahun 2010.Kini boleh dikatakan lebih 7 juta orang mempunyai akaun facebook.

Pembahagian statistik pengguna facebook mengikut umur


Menariknya, melalui statistik yang disediakan oleh Facebakers, yang mana dikemaskini setiap hari, ianya didapati seramai 3,472,200 orang ataupun, lebih 52% orang adalah pengguna lelaki, dan bakinya, 48% adalah pengguna perempuan.
Pengguna Facebook di Malaysia yang paling aktif pula antara umur 18 tahun hingga 24 tahun merangkumi lebih kurang 37% pengguna Facebook di Malaysia. Ianya diikuti dengan umur 25-34 tahun dengan meliputi hampir 31% pengguna Facebook di Malaysia.


Data-data ini sekaligus memperlihatkan yang mana Malaysia kini menduduki kedudukan ke-17 dengan pengguna Facebook paling ramai, sekaligus menjadi negara Asia Tenggara ke-3 paling ramai, dibelakang Indonesia dan Filipina.


Jika dilihat daripada statistik golongan muda terutamanya remaja adalah golongan yang banyak berinteraksi melalui facebook. Semestinya,walaupun terdapat kebaikan,facebook juga memberi kesan yang negatif kepada remaja.Antaranya:


1. Ketagihan facebook
       Apabila terlalu asyik dengan facebook,ia boleh menyebabkan ketagihan seperti ketagihan dadah.Mereka sanggup menghabiskan masa dan wang semata-mata untuk melayari facebook dan internet. Tambahan pula apabila berkenalan dengan rakan yang menjadi tempat meluahkan perasaan,yang handsome dan cantik. Ini akan mengakibatkan ketagihan facebook.Mereka akan sentiasa chatting,'update status','upload gambar" supaya dapat menarik minat pembaca terutama orang yang disukai.


2. Kurangnya sosialisasi
      Masa yang diperuntukkan untuk facebook adalah sangat banyak. Apatah lagi,di dalam facebook terdapat pelbagai jenis "games" yang mampu melekakan remaja.Apabila ini berlaku,remaja mula kurang melakukan aktiviti yang sosial bersama rakan-rakan sebaya,tidak berminat untuk menghadiri kenduri atau majlis-majlis. Tambahan pula,ia juga akan mengurangkan masa remaja bersama keluarga.Para remaja lebih cenderung duduk di rumah sambil melayari facebook berbanding mempunyai masa berkualiti bersama ahli keluarga.


3. Pembaziran wang dan masa
            Jika dahulu,remaja yang ponteng sekolah akan melepak di "shopping complex",berlainan pula sekarang.Cyber cafe' akan menjadi pusat mereka menghabiskan waktu dan wang sekiranya mereka ponteng sekolah.Terdapat kes yang sanggup menipu dan mencuri wang semata-mata untuk berkunjung ke cyber cafe'


4. Menganggu kesihatan
      Bukan sahaja yang membazirkan masa,malah ia turut menjejaskan kesihatan.Duduk terlalu lama menghadap komputer sambil melayari facebook boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan,antaranya obesiti(akibat tidak melakukan senaman dan tidak banyak bergerak),penghadaman(duduk terlalu lama),atau penyakit mata?(terlalu lama memandang komputer) atau penyakit saraf dan sakit belakang.


5.  Tidak minat belajar
         Remaja didapati mula tidak minat belajar apabila terlalu asyik melayari facebook.Ini pastinya akan menjejaskan akademik dan masa hadapan mereka. Apabila guru mengajar di depan,remaja asyik melayari facebook di belakang.


6. Terdedah dengan jenayah siber
        Remaja yang ketagih facebook akan mudah terjerat dengan jenayah siber seperti penipuan,pornografi,buli siber. Kes melibatkan jenayah siber sudah banyak kali didedahkan,namun ia tidak diambil serius oleh ibu bapa dalam mengawal akses internet anak mereka. Banyak juga kes buli yang diambil melalui telefon dimuatnaik dan dikongsi di facebook.Ini bukan sahaja mengaibkan mangsa,malah ia turut memalukan pelaku dan keluarga.Akibatnya,hukuman menanti si pembuli.


7. Menimbulkan perselisihan faham,pergaduhan
           Kadangkala facebook juga boleh mencetuskan kemarahan dan perselisihan faham yang boleh mengakibatkan pergaduhan antara pelajar.Misalnya status yang di'update' boleh mengudang kemarahan orang lain.Gambar-gambar yang memalukan yang ditayangkan kepada umum.




Facebook boleh memberi kebaikan kepada semua terutamanya remaja,namun jika ia disalahgunakan,maka ia boleh mengundang bahana.Oleh itu,gunakanlah facebook sebaik-baiknya.

Thursday 17 January 2013

ingin mengetahui resepi durian crepe???


Bahan-bahan ( 30 bantal )

250grm tepung gandum
2 biji telur
500ml santan
1/2 sudu teh garam
Pewarna (ikut suka nak warna apa. saya selalu buat warna hijau&kuning telur)
Filling**
1 cawan Non Dairy Whipping Creme yang sudah dipukul kental
Isi Durian yg telah dilenyek.

Cara-cara

1)Campur semua bahan kemudian blender dan tapis.

2)Panaskan non-stik pan dengan api yang kecil.

3)Tuang 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe. (tak perlu terbalikkan dan biarkan permukaan atas kering. Angkat dan biarkan sejuk.

4)Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream ditengah-tengah,lapis dengan isi durian, tutup semula dengan whipping cream. Akhir sekali lipat dan simpan didalam peti sejuk.

selamat menjamu selera....

Wednesday 16 January 2013

tips2 belajar sambil bekerja??


9 TIPS CEMERLANG BELAJAR SAMBIL BEKERJA



Belajar sambil bekerja bukanlah semudah yang di sangka, selain perlu bijak membahagikan masa antara komitmen kerja, keluarga dan pengajian. Mereka yang belajar sambil bekerja ini juga perlu kuat semangat dan tabah dalam menjalani kehidupan. Untuk seketika, mereka perlu mengenepikan soal hiburan, lepak atau percutian bersama keluarga. Disini ada panduan untuk di kongsi bersama:-

1. Rancang kerja anda sebaiknya (deadline) bagi tugasan pejabat serta pengajian lebih awal dan letakkan di tempat yang mudah di lihat.

2. Gunakan masa dengan sebaiknya. Anda mungkin boleh membaca atau mendengar semula rakaman kuliah ketika menaiki tren daripada hanya melihat gelagat penumpang lain ketika menunggu untuk tiba ke destinasi.

3. bekerja sambil belajar sememangnya memenatkan. Makan dengan teratur, bersenam, dapatkan rehat secukupnya dan jika berpeluang, teruskan aktiviti sosial anda.

4. Jika anda mempunyai masalah untuk menepati tarikh akhir atau tiba-tiba terjadi masalah keluarga dan kerja. beritahu kepada pensyarah anda lebih awal. Mereka juga manusia dan tentu mereka memahami beban anda untuk melakukan dua perkara ini serentak.

5. Sentiasa ingatkan diri anda matlamat sebanar anda, menyambung semula pengajian. jika anda sambil lewa terhadap pengajian ia boleh menjejaskan masa depan anda selain merugikan masa, wang dan tenaga.

6. Beritahu ketua atau majikan anda mengenai pengajian anda, menyambung pengajian menunjukkan anda serius mengenai pembangunan diri sebagai seorang individu

7. Ada ramai penuntut dewasa yang mengikuti pengajian separuh masa. Anda seharusnya melihat ini sebagai peluang untuk mengembangkan jaringan kenalan.

8. Wujuskan tempat bekerja yang selesa, Gunakan apa sahaja kaedah yang dapat membantu anda untuk lebih fokus dan meningkatkan semangat terhadap pangajian dan pekerjaan. Kata-kata semangat dan gambar orang tersayang pasti dapat membantu anda

9. Cari tempoh waktu terbaik untuk anda belajar atau mengulangkaji. Elakkan mengulangkaji di saat akhir kerana ia akan menambahkan tekanan anda


Monday 14 January 2013

inginkan awet muda???


Khasiat Ulam-Ulaman


Amalan makan ulam atau sayur-sayuran mentah boleh membuatkan seseorang awet muda kerana ia mengandungi banyak bahan antioksidan yang mampu menghalang tindakan radikal bebas.

Sebenarnya amalan makan ulam menjadi budaya masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Malah, ia menjadi ikutan kaum lain sehingga ada yang kata rasa tidak puas makan nasi jika tiada ulam bercecah sambal belacan.

Ada juga yang tidak berselera makan jika tiada ulam atau sayur. Paling tidak, mesti ada timun untuk membuka selera. Ini amalan baik kerana setiap hari badan kita memerlukan kira-kira 40 jenis nutrien untuk kekal sihat.

Apabila kita makan, kita sebenarnya membuat pelaburan pada kesihatan. Kesan pelaburan ini bergantung kepada jenis makanan diambil. Jika mengamalkan diet yang banyak lemak, bermakna kita akan mengalami masalah pertambahan berat badan dan paras kolesterol tinggi.

Sebaliknya, individu yang mengamalkan pemakanan seimbang dengan melebihkan pengambilan sayur dan buah biasanya tampil lebih sihat dan menarik serta mampu mengekalkan kelangsingan badan.

Selain mempunyai pelbagai khasiat, ulam sering dijadikan bahan rawatan tradisional dan kini banyak kajian dilakukan untuk mengkomersialkan khasiat ulam.

Pengamal perubatan tradisional mengatakan, ubat bagi pelbagai penyakit sebenarnya ada di sekeliling rumah seperti cekur, pegaga, nanas, kunyit, halia, peria, kacang botor, pucuk betik mahupun kacang panjang.

Pegaga

Pegaga biasanya tumbuh melata di keliling rumah. Namun tumbuhan yang kecil ini besar khasiatnya. Ia kaya vitamin A dan C serta zat besi sering dijadikan sayur-sayuran ‘rasmi’ untuk wanita ketika berpantang.

Pegaga atau nama saintifiknya Cantella asiatica boleh membangkitkan selera makan, membantu meredakan masalah penghadaman, mengatasi masalah buasir kerana mengandungi serat. Ia juga mampu melancarkan aliran darah, terutama bagi wanita yang ada masalah haid.

Air perahan daun pegaga juga dikatakan boleh menyejukkan badan dan elok diamalkan jika demam, mengalami masalah berak berdarah atau lelah. Malah, ada yang menjadikannya sebagai minuman untuk menguruskan badan.

Pegaga juga dipercayai boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka, ulser dan masalah kulit lain. Ini sebabnya ia dijadikan makanan wajib bagi wanita berpantang supaya luka bersalin lebih cepat sembuh.

Pegaga juga dijadikan ubat untuk merawat masalah keputihan yang menyebabkan faraj terasa gatal. Masalah keputihan biasanya dialami wanita yang mempunyai anak. Caranya, minum air rebusan pegaga yang dicampurkan secubit sedikit garam. Amalkan minum air rebusan ini dua kali sehari.

Orang tua-tua percaya, akar pegaga juga banyak khasiatnya. Amalan minum air rebusan akar pegaga ini dipercayai boleh membantu mengawal paras gula dalam darah di kalangan pesakit kencing manis.


Timun

Seorang saintis tempatan mengesyorkan supaya makan empulur (isi timun) setiap hari untuk awet muda. Rawatan tradisional Cina menggunakan timun sebagai makanan kesihatan, khususnya untuk menyingkirkan bahan toksik dari badan.

Amalan makan timun juga boleh mengatasi masalah sakit tekak, gatal kerongkong dan batuk. Mengamalkan minum jus timun segar juga dipercayai dapat membantu merendahkan tekanan darah.

Ada juga petua menyarankan individu yang mahu mengurangkan berat badan supaya minum jus timun dua gelas sehari, di samping bersenam dan mengawal pemakanan.

Timun juga sebenarnya boleh menambah selera makan dan ia baik untuk diambil individu yang mengalami masalah terlalu kurus, tiada selera atau kurang berat badan.

Timun juga menjadi bahan asas kepada pelbagai produk kecantikan. Secara tradisionalnya, hirisan timun boleh dijadikan pencuci muka dan membuatkan kulit lembut, licin dan sentiasa lembap; sesuai diamalkan individu yang mengalami masalah kulit berminyak.



Cekur

Ia adalah ulam yang biasa tetapi jarang mendapat perhatian. Ulam daripada keluarga halia ini mempunyai banyak khasiat, khususnya untuk mengubati batuk, sakit tekak dan meredakan demam.

Selain dimakan mentah, hirisan akarnya boleh dijadikan perencah untuk menaikkan rasa masakan. Ia juga mempunyai bahan antibakteria, antifungus dan antikeradangan.


Kunyit muda

Walaupun rasanya kurang disenangi, kunyit muda sangat berkhasiat untuk dijadikan ulam.

Kajian dijalankan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapati, kunyit mengandungi curcumin yang memberikan warna kuning jingga berpotensi untuk merawat barah.

Kunyit juga mengandungi banyak bahan antioksida yang lebih baik berbanding vitamin C dan E, ia mampu melindungi sistem kardiovaskular, merendahkan kadar kolesterol dalam darah dan merawat demam kuning.

Perubatan tradisional Melayu menggunakan pati kunyit yang diberikan kepada wanita selepas bersalin untuk mempercepatkan penyembuhan luka dan mengecutkan rahim.


Petai

Walaupun mempunyai bau kuat, ia menjadi kegemaran ramai, sama ada dimakan mentah atau dimasak bersama sambal tumis. Sebenarnya pucuk petai juga boleh dijadikan ulam dan ia dikatakan baik untuk membantu mengawal penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi.

Pucuk kaduk

Pucuk kaduk biasanya lebih kerap dijadikan bahan perasa masakan, tetapi ia juga boleh dimakan mentah. Ia dipercayai boleh menguatkan tulang dan rebusan daun kaduk dijadikan ubat melegakan batuk, selesema dan sengal sendi.


Pucuk gajus

Rasanya yang masam menjadikan ulam ini sangat istimewa. Pucuk gajus dipercayai boleh mengubati masalah cirit-birit, mual dan muntah. Daun tua yang dilumatkan boleh dijadikan ubat untuk kulit melecur atau penyakit kulit lain.


Lobak merah

Jarang kita jadikan lobak merah sebagai ulam harian kerana ia biasanya dicampur dalam salad. Lobak merah kaya vitamin A dan mineral seperti kalium, magnesium, fosforus dan sulfur.

Ia baik untuk mengatasi masalah rabun malam akibat kekurangan vitamin A dan kandungan serat tinggi dapat memperbaiki gangguan saluran usus.


Mengkudu

Pucuk mengkudu biasanya dimasak atau dicelur untuk dijadikan perencah urap dan pecal. Ia kaya dengan beta karoten dan zat besi yang baik digunakan untuk mengatasi masalah kurang darah.

Buah mengkudu masak pula mengandungi bahan antiseptik berfungsi melegakan kesakitan, bahan antioksida, merangsang pengeluaran sel darah putih dan meningkatkan daya ketahanan badan.

Jering

Walaupun berbau kuat, jering mempunyai khasiat perubatan tinggi. Ia kaya protein, karbohidrat dan serat yang mampu mengubati penyakit kencing manis.

Cara Mengetahui Tanah Mengandungi Emas

Cara Mengetahui Tanah Yang Mengandungi Emas (Menarik!) | Suatu ketika dahulu, pernah terjadi seorang lelaki yang berusaha mencari emas di sebuah terowong menemui ajalnya apabila terowong tersebut runtuh. Lebih menyayat hati, mayatnya tidak dapat dikeluarkan atas faktor keselamatan pegawai bertugas. Ini yang orang ramai sedang mencari. Emas. Harganya sentiasa meningkat, jika turun pun sedikit. Jadi tidak hairanlah ada yang sanggup mencari emas biarpun terpaksa bertarung nyawa. Di bawah ini tentang cara mengetahui tanah yang mengandungi emas. Menarik!



Di dunia ada pulahan lombong emas ditemui, yang paling terkenal Lombong Grasberg yang hasilkan bertan-tan emas di dunia ini. Begitu juga di negara kita, Malaysia. Siapa tidak kenal dengan Lombong Emas Lubuk Mandi dan Lombong Emas Penjam. Tapi ada aku kisah semua tu. Yang penting, belakang rumah kita ada ke idak Emas nih.. Ni ada tip nak tau jenis tanah yang ada emas

Ciri-ciri Tanah Mengandungi Emas

Tanah yang mengandung mineral sulfida yang tinggi. (berbau seperti belerang)
Wujudnyanya mata air panas di sekitar kawasan tersebut.
Sekitarnya ada gunung berapi yang sudah lama ada.
Ada aliran sungai di kawasan berhampiran.
Mempunyai lapisan tanah lempung yang tebal.
Terdapat batuan putih berurat emas (urat kaca atau batuan kaca lutsinar)
Ciri-ciri di atas hanyalah untuk pengesanan awal sahaja, untuk memastikan kewujudan emas sebenar, ujian merkuri dan ujian-ujian lain masih perlu dilaksanakan.